Perbandingan Agama suatu ilmu yang sangat penting, apa lagi pada zaman kita sekarang ini. Penting bagi pemuda-pemuda Islam, angkatan baru yang akan berjuang menegakkan agama suci ini dan mempertahankan dari segenap aspek yang merosakkannya, terutama pengaruh yang menyusup ke tengah-tengah ummat Islam sendiri. Perlu sekali bagi bakal-bakal guru, guru-guru, mubaligh Islam dan sebagainya mengenal titik tolak antara Islam dan Agama Iain, baik mengenal Aqidah, dasar-dasar kepercayaan, sebagai sendi tegaknya suatu agama, ataupun mengenal ibadat, kebaktian dan pemujaan, akhlak dan kemasyarakatan, sebagai ciri dan buah suatu agama.



Menyedari betapa pentingnya pengetahuan "Perbandingan Agama" ini, maka wajar sekali pusat-pusat pengajian tinggi termasuk juga institusi perguruan menjadikan mata pelajaran wajib bagi memahamkan masyarakat dalam konteks dakwah secara lebih meyakinkan, terutamanya mengenai agama-agama lain. Organisasi-organisasi Islam terutamanya yang bergerak dalam bidang dakwah perlu menyedari betapa pentingnya pengetahuan "Perbandingan Agama" ini.
Gerakan Yahudi Zionisme yang sekarang melingkari dunia dengan jaring-jaring kegiatan mereka, gerakan yang juga bertitik tolak dari keyakinan dan sejarah pertumbuhan bangsa, memaksa kita untuk memahami agama dan sejarah mereka. Inilah hakikat yang mendorong saya untuk menulis di dalam blog ini untuk menolong pelajar-pelajar saya (di IPGM Kampus Dato' Razali Ismail), menolong guru-guru, mubaligh dan pelbagai pihak yang ingin mengenali ilmu pengetahuan khususnya berkaitan dengan ilmu 'Perbandingan Agama'.
Dilanjutkan perbincangan selepas ini........maaf kerana terpaksa bergegas ke program BIG di Sekayu, Kuala Berang kerana pelajar-pelajar KDC SABK sedang ditarbiyyah dan saya ke sana untuk menyampaikan kuliah Subuh merangkap facilitator. Jumpa lagi.

2 comments:

  1. saya setuju subjek "Perbandingan Agama" ini memang perlu diperluaskan di setiap pusat pengajian termasuk di institut pend guru.. (^_^)

    ReplyDelete
  2. Hmm...seperti Ustaz Hazwan katakan..subjek ini perlu diperluaskan... dan kalau perkara ini terjadi, saya berharap bukan sahaja unit PAI tetapi unit lain seperti PSV dapat ilmu tentang perbandingan agama ...Insya-Allah!

    ReplyDelete

Pengikut