SOALAN 1
Apakah hukumnya ustaz, ada di kalangan perempuan hari ini berkehendak untuk memulihkan kembali daranya yang sudah tidak berdara dengan harapan perkahwinannya nanti tidak diketahui oleh suaminya. Seolah-olah dalam hal ini, perempuan itu menipu suaminya?
JAWAPAN:
Di dalam masalah ini, soal memulihkan dara bagi mereka yang sudah hilang dara tidak penting dalam perkahwinan. Mereka yang hilang dara walau dengan apa cara sekalipun tidak perlu kerisauan sama ada akan diterima suami atau tidak. Ingatlah suami yang baik tidak akan menyelidik hal-hal itu apa lagi untuk mencari keaiban isterinya sendiri. Malah suami boleh berlapang dada pula kalau isterinya boleh bersikap jujur dengannya.
Akan tetapi kalau si isteri berjaya memulihkan dara dengan perubatan atas tujuan menipu suami bukan sahaja dia berdosa dengan Allah malah dia juga berdosa dengan suaminya. Berdosa perempuan ini boleh disenaraikan sepertimana berikut:
1. Berdosa dengan Allah kerana perbuatan maksiatnya sehingga menyebabkan dirinya pecah dara atau kehilangan dara.
2. Berdosa membiarkan diri atau farajnya disentuh oleh doktor lelaki.
3. Berdosa kerana berniat untuk menipu bakal suaminya.
4. Berdosa menipu suaminya.
5. Berdosa menimbulkan perasaan sangka buruk suami kepadanya.
Bagi perempuan yang bersikap seumpama ini, janganlah berbuat demikian sebaliknya bertaubatlah dari dosa yang lalu dan segala keaiban diri eloklah dirahsiakan dari semua orang. Cuma ketika suami mengesyaki sesuatu mengenainya beritahulah secara jujur. Yang penting, jangan bohong binti menipu.
SOALAN 2
Apakah hukumnya seorang Islam minum air buah di restoran orang bukan Islam yang menjual minuman haram?
JAWAPAN:
Umat Islam mestilah sensitif dengan hukum halal dan haram. Sesuatu yang halal mesti dimiliki manakala yang haram dibenci sungguh-sungguh. Allah berfirman:
"Makanlah apa yang direzekikan Allah kepada kamu yang halal-halal lagi baik."
(Surah al-Maidah :88)
Ayat di atas dapat difahamkan bahawa:
1. Rezeki dari Allah ada yang halal dan yang haram. oleh itu, pilihlah yang halal sahaja.
2. Makanan umat Islam tidak cukup dengan halal sahaja, ia mesti juga bersih dan baik.
Makan nasi atau minum air buah dan sebagainya tentulah halal sebab kedua perkara itu tidak diharamkan dalam Islam. Yang haram dimakan hanyalah daging bagi dan minum arak. Bagaimanapun, jika makanan yang halal di atas disediakan oleh orang bukan Islam, pastikah kita bahawa nasi atau air yang disediakan itu bersih dan baik menurut kaedah Islam; cara dibasuh berasnya, cara dibasuh periuknya, siapa yang memasaknya, dan siapa pula yang membasuhnya.
Sesungguhnya orang Islam pun sesetengahnya tidak tahu cara membasuh secara yang diajar Islam betapalah kalau orang bukan Islam. Inilah yang patut kita bimbang dan rasa sensitif. Mutakhir ini, masyarakat Islam tidak memikirkan soal halal dan haram ini. Asalkan dapat memenuhi ruangnya sahaja, ditanggung beres. Sebab itulah generasi hari ini adalah generasi yang keliru dan banyak masalahnya.
Berdasarkan keterangan di atas adalah diingatkan kepada umat Islam bahawa dengan melabelkan halal sahaja belum menjamin makanannya bersih dan baik. Umat Islam tidak sepatutnya terpengaruh dengan label halal pada kedai, restoran, bungkusan dan sebagainya, sebaliknya lihatlah siapa yang memproses bahan itu dan siapa pengeluarnya. Kalau semuanya dikuasai oleh umat Islam maka sudah tentu boleh dipastikan halal dan baik. Itulah yang sepatutnya menjadi pilihan umat Islam. Saya pernah menyebut kepada pihak tertentu di dalam soal halal dan haram ini supaya program-program di hotel-hotel, pastikan hotel yang berlabel halal sahaja diutamakan manakala yang tidak ada label halal diketepikan. Soalnya, mereka tidak peka........manusia begini pun sebenarnya bermasalah, pakai hentam aje.
SOALAN 3
Ustaz Rabbani, berdosakah seorang lelaki mengenyit mata kepada wanita yang bukan mahramnya? Tapi perempuan itu tidak membalasnya?
JAWAPAN:
Mengenyit mata adalah pintu-pintu ke arah perzinaan. Mula dari mengenyit mata, kemudian bertanya khabar, selepas itu berpegang tangan dan bawa bersiar-siar. Maka di sini berlakulah pergaulan bebas. Dan semua ini boleh membawa kepada keinginan nafsu. Sebab itu semua perbuatan tersebut diharamkan oleh Islam.
Larangan ini dapat difahami dari firman Allah dalam al-Qur'an yang bermaksud:
"Jangan kamu menghampiri zina".
(Surah al-Isra':32)
Dalam ayat ini Allah bukan melarang perbuatan zina tetapi melarang perbuatan zina tetapi melarang menghampiri perbuatan zina. Kalau hampir pun tidak boleh betapalah kalau berzina. Menghampir dalam kontek ini bererti segala apa yang boleh membawa kepada perbuatan zina. Maka sekaligus menjelaskan hukum perbuatan tersebut semuanya diharamkan oleh Allah.
Oleh kerana perbuatan mengenyit mara, berpegangan tangan dan seumpamanya adalah tangga permulaan ke kancah perzinaan maka elakkanlah perbuatan itu untuk masa-masa akan datang. Islam tidak benarkan ini semua adalah untuk keselamatan mereka juga. Untuk menyelamatkan maruah diri masing-masing. Bertaubatlah kepada Allah jika kita telah melakukan kesilapan. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
SOALAN 4:
Masalah anak zina atau anak luar nikah. Pohon ustaz jelaskan statusnya.
JAWAPAN:
Dalam kehidupan kita, tidak semuanya manis belaka, apatah lagi apabila saudari mengemukakan masalah yang sesungguhnya pada pendapat saya merupakan bencana yang tidak sepatutnya berlaku ke atas diri saudari. Lebih-lebih lagi saudari mengetahui perkara ini ketika saudari ingin menjejakkan kaki ke ambang perkahwinan iaitu saudari bukan sahaja di anggap anak kandung kepada keluarga yang berkenaan. Saudari tidak mempunyai ibu bapa yang sah. Bagi memendekkan perbincangan ini, saya cuba untuk jelaskan begini iaitu:
(a) Anak zina hasil daripada perhubungan yang tidak sah di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan di waktu itu, kemudian melahirkan seorang anak di luar nikah.
Anak zina hasil perhubungan songsang di antara lelaki dan perempuan. Saudari, pada hakikatnya anak zina tidak ada beza dengan anak-anak yang lain di mana daripada segi amal dan imannya diterima oleh Allah SWT seperti anak yang lahir dari proses ijab kabul. Dalam kata lain, segala amal anak zina diterima seperti anak-anak yang dilahirkan daripada perkahwinan yang sah.
Bersambung lagi.........................selepas ini. Sabar.

0 comments:

Post a Comment

Pengikut