Sudah sekian lama untuk menulis tentang guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) setelah meninggalkan kampus pada penghujung 80-an. Pelbagai kemelut yang berlaku di dalam dunia di penghujung abad ke 20 ini mencerminkan betapa manusia gagal menguruskan kehidupan dengan cara yang sistematis dan berkesan. Formula dan ideologi yang dicipta oleh manusia telah mengorbankan jiwa dan moral kehidupan manusia itu sendiri. Bermula dengan kejatuhan kuasa Republik Soviet Rusia dan Republik China yang berfahaman komunis dan berideologikan sistem ekonomi sosialis hinggalah kepada kejatuhan satu demi satu negara-negara yang berideologikan sistem ekonomi kapitalis telah menyebabkan kini barat terpaksa berhadapan dengan kuasa Islam seorang diri.
Dengan kegagalan ideologi politik komunis dan ekonomi sosialis maka Amerika Syarikat seolah-olah keseorangan dalam mempertahankan warisan ideologi dan tamadun barat. Lantaran itu, Amerika yang menganggap dirinya sebagai "ketua" kepada kuasa barat terpaksa menyusun strategi baru yang dikenali sebagai New World Order atau Halatuju Baru Dunia yang dibentangkan oleh George Bush sebelum beliau meninggalkan jawatan Presiden Amerika.
Susulan dari kegagalan ideologi politik dan ekonomi ini, kita menyaksikan bagaimana ia telah memberi kesan yang besar terhadap pembangunan kemanusiaan khususnya dalam aspek moral dan akhlak. Bertolak dari sinilah maka hancurnya institusi kekeluargaan dan sistem kemasyarakatan. Misalnya, berdasarkan satu laporan World Health Organization (WHO), buat masa ini dianggarkan terdapat 30,6 juta pembawa kuman HIV di dalam dunia. Di kalangan remaja sahaja, terdapat 7000 orang pengidap penyakit AIDS, dan kes ini akan bertambah sebanyak 2.6 juta setiap tahun (Star, 6 September 1999).
Sebagai guru pelatih yang bakal menjadi pendidik dalam pembangunan kehidupan masyarakat masa depan, bakal pemimpin dalam menguruskan negara, dan bakal arkitek dalam pembangunan negara serta tamadun bangsa, guru-guru seharusnya merasa terpanggil untuk meniliti, menganalisa, mengkaji, dan mencari penyelesaian terhadap fenomena yang berlaku.
Bersambung lagi.........................> Kesibukan masa menghalang untuk siapkan artikel ini.

1 comments:

  1. guru pelatih semua haruslah sentiasa meniliti, menganalisa, mengkaji, dan mencari penyelesaian terhadap fenomena yang berlaku DULU dan KINI, semoga dapat memartabatkan ISLAM utk SELAMANYA...amin.. (^_^)

    ReplyDelete

Pengikut