1. Jangan sesekali sangsi pada Allah SWT (yakin dan percaya sepenuhnya terhadap Allah). 2. Terimalah hakikat bahawa semua sudah ditakdirkan untuk berlaku, dan akan mengikut pelan yang tidak boleh diubah. 3. Fahamilah bahawa nilai kesabaran tidak mempunyai pengganti untuk kesan positif ia pada orang yang dalam kesengsaraan. 4. Percayalah pada kesan ayat ini 'Tanpa ketahanan, apa yang boleh kita capai?' 5. Tanyalah diri sendiri 'Mengapakah harus anda bersama pihak yang sengaja memusnahkan diri sendiri?' 6. Yakinlah bahawa daripada jam ini ke jam seterusnya, perkara dunia akan berubah dan kesusahan bakal menghilang. Ingatlah enam ramuan di atas ketika menghadapi kesusahan dan malapetaka. Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Kesusahan itu adalah serupa dengan penyakit. Ia mesti melalui prosesnya sebelum ia hilang. Sekiranya kita cuba cepatkan untuk menghilangkannya, ia akan bertambah dan membesar. Adalah penting untuk seseorang yang sedang menghadapi kesusahan untuk bersabar, menunggu dengan harapan hari menjadi lega dan menguatkan ibadah, terutamanya sembahyang serta berdoa pada Allah SWT. Kesusahan di dunia ini hanyalah satu ujian sebelum ke akhirat yang berkekalan. Ingatlah, kehidupan sebenar dan kekal kita ialah di akhirat. Dunia ini hanya persinggahan sebentar untuk melaksanakan ujian menentukan darjat setiap hambaNya. "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" 10 SURAH YANG DAPAT MENGELAKKAN DARIPADA SEPULUH UJIAN BESAR ALLAH SWT 1) Surah Al-Fatihah- Surah ini dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 2) Surah Yasin- Surah ini dapat menghilangkan dahaga atau kehausan pada hari kiamat. 3) Surah Dukhan- Surah ini dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 4) Surah Al-Waqiah- Surah ini dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 5) Surah Al-Mulk- Surah ini dapat meringankan azab di dalam kubur. 6) Surah Al-Kauthar- Surah ini dapat meleraikan segala pembalahan . 7) Surah Al-Kafirun- Surah ini dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 8) Surah Al-IKhlas- Surah ini dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 9) Surah Al-Falaq- Surah ini dapat menghapus perasaan hasad dengki. 10)Surah An-Nas- Surah ini dapat melindungi kita daripada penyakit was-was.

0 comments:

Post a Comment

Pengikut