TAFSIR SURAH AL-FATIHAH
بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang".

Diturunkan dalam terjemahan ini ialah maksudnya yang tersurat. Yang hendak kita cuba fahami ialah maksudnya yang tersirat supaya tertarik hati kita hendak membaca dan mengkajinya. Allah itu adalah Tuhan yang sebenar. Dengan nama Allah diucap oleh seseorang ketika hendak melakukan sesuatu. Pengambilan nama Allah untuk dijadikan sandaran merupakan sikap penyerahan diri lantaran sifat nabi yang mutlak ada padanya. Orang yang telah mengucapkan dengan nama Allah, maka tindakannya perlu sesuai dengan ketentuan hukum Allah. Oleh itu, penerapan perkataan "Bismillah" (dengan nama Allah) tidak boleh dugunakan untuk membuat kemaksiatan. Jika dilakukan hukumnya adalah haram.

Ar-Rahmanir Rahim ialah dua nama berindikasi pada keluasan dan kebesaran kasih sayang Allah. Di dunia, semua makhluk memperoleh kasih sayang Allah. Orang kafir sekalipun memperoleh nikmat ini. Allah Taala bersifat ar-Rahman kerana ia tidak membataskan rahmatNya itu hanya kepada orang yang beriman sahaja bahkan kepada orang kafir, binatang-binatang dan seluruh makhluk yang dijadikanNya. Semua ini, kalau tidak dengan rahmat Allah s.w.t. tidak akan dapat hidup di muka bumi ini.

Segala apa yang dilakukan seperti bergerak, memperolehi makanan dan sebagainya adalah tertakluk kepada Rahman Allah Taala. Inilah sifat maha pemurah Allah Taala, apa sahaja yang dikehendaki oleh makhluk akan diberi oleh Allah s.w.t.

Ar-Rahim pula ialah satu sifat yang khusus, kasih Allah Taala kepada orang mukmin sahaja, tidak termasuk orang yang kafir dan sekalian di bumi ini yang bukan manusia. Lahirnya sifat ar-Rahim Allah s.w.t., misalnya, orang yang beriman itu tidak rehat di dunia ini tetapi ia berehat di akhirat kelak, selepas ia diadili di yaumil mahsyar. Di dunia, ia memberi janjiNya kepada orang mukmin, maka inilah Rahim Allah Taala maksud yang tersurat dalam بسم الله الرحمن الرحيم .
Bersambung lagi...............................Insya Allah.

1 comments:

  1. semoga ALLAH sentiase melampah kan rahmatNYA kepada kita dengan sifat Maha Pemurah dan Maha PenyanyangNYA..amin. (^_^)

    ReplyDelete

Pengikut