tag:blogger.com,1999:blog-58390117565596672712024-03-13T22:07:58.465-07:00Bisikan Keinsafan Seorang Teman...mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.comBlogger59125tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-42758998604439094752014-01-09T19:14:00.000-08:002014-01-09T19:14:03.018-08:00SEKITAR HADITH-HADITH SAHIH BERKAITAN DENGAN DOA SEBAGAI SUATU RENUNGAN1) Maksud hadith: "Dengan nama-Mu ya Allah, aku mati dan hidup." (Hadith riwayat Bukhari no. 6312 dan 6324 daripada Huzaifah r.a dan Muslim no. 2711 daripada al-Barra' r.a)
2)Maksud hadith: "Segala puji bagi Allah, yang membangunkan Kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan." (Hadith Riwayat al-Bukhari no. 6312 dan 6324 daripada Huzaifah, Muslim no. 2711 daripada al-Barra').
3) Maksud hadith: "Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mengdengar lagi Maha mengetahui, daripada gangguan syaitan yang terlutuk. biasana dn godaannya." (Hadith Riwayat Abu Daud no. 775, al-Tirmizi no. 242)
Bersambung ...................mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-69847571454771109182013-12-26T15:37:00.002-08:002013-12-26T15:37:33.437-08:00HIDUPKAN SUNNAH DI DALAM RUMAH KITARumah merupakan mahligai paling penting di dalam memupuk tarbiyyah anak-anak. Ibu bapa harus menjadi contoh kepada anak-anak tanpa ada perbezaan kerana anak-anak akan menjadi keliru, jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza di dalam mendidik anak-anak. Untuk mendidik anak-anak dengan pendidikan yang baik, kita haruslah menghidupkan sunnah di dalam rumah, antaranya ialah:
1) Memberi salam. Jadikan salam sebagai amalan harian di dalam rumah bermula dari langkah pertama memasuki rumah, sebelum berangkat ke sekolah atau ke tempat kerja, sebelum tidur dan apabila menjawab salam biasakan menjawab dengan ucapan yang lebih baik daripada salam yang diberi.
2) Membiasakan anak membaca doa setiap kali melakukan sesuatu perkara. Doa sebelum dan selepas makan, sebelum memasuki dan selepas memasuki tandas, doa sebelum belajar, doa sebelum memakai pakaian, doa keluar rumah dan sebagainya. Berdoa menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam perlindungan Allah.
3) Membiasakan berzikir dan mengucap. Kalimah seperti Allahuakbar, astaghfirullah, Alhamdulillah, berselawat dan yang seumpama dengannya hendaklah dibiasakan meniti dibibir anak-anak serta ahli keluarga.
4) Solat berjemaah. Melalui solat berjemaah, ia boleh dilakukan sama ada dirumah atau dimasjid dengan membawa seluruh ahli keluarga bersama-sama. Solat berjemaah di rumah pula dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan di samping mendidik anak-anak untuk tidak mengabaikan solat dan memastikan mereka bersolat dengan betul.
5) Mengaji al-Qur'an bersama-sama. Ibu bapa yang prihatin akan selalu menguji tahap kecekapan anak-anak mereka dalam pelajaran bukan sahaja ilmu akademik tetapi juga dalam ilmu agama seperti sejauhmanakah kelancaran mereka membaca kitab suci al-Qur'an.
6) Menghadiri kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang menambahkan informasi Islam.
7) Merapatkan ukhuwah - contohnya makan bersama-sama.
8) Memberi kasih saying kepada semua anak-anak.
9) Penampilan yang bersih dan rapi.
10) Mengajar anak-anak berdikari.mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-22382408430688488852013-12-26T07:27:00.000-08:002013-12-26T07:27:06.074-08:00TIP-TIP UNTUK MENGENALI SESEORANG LELAKIKaum wanita boleh belajar mengenali lelaki supaya kebahagiaan dapat dinikmati bersama. Untuk mengetahui rahsia bagi seseorang wanita untuk menambat hati lelaki antaranya ialah:
1) Terima lelaki seadanya. Yang penting untuk wanita tahu ialah mengenai lelaki dan bukan mengubah lelaki. Jika wanita mahu mengubah personality lelaki yang menjadi kekasih atau suami, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.
2) Fahamilah lelaki agar dia memahami anda. Sesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.
3) Berubah untuk menikmati perubahan. Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4) Percaya untuk dipercayai. Sekiranya wanita tidak mempercayai lelaki, jangan wanita mengharapkan lelaki itu mempercayai wanita itu. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang saying. Untuk membuat orang lain percaya kepada kita bukanlah perkara yang senang. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada kita, bukanlah susah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan kita, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya. INSYA ALLAH BERSAMBUNG LAGI........mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-16769973273452347822013-12-26T06:26:00.000-08:002013-12-26T06:26:06.286-08:00USTAZ RABBANI ADALAH SALAH SEORANG WAKIL DARUL MUBARAK TRAVEL & TOURS SDN. BHD, BAGI KAWASAN KUALA TERENGGANUDARUL MUBARAK TRAVEL & TOURS SDN. BHD. menyediakan khidmat yang lebih pelbagai kepada kaum muslimin dan muslimat di dalam Negara ini, antaranya ialah umrah, pakej pelancongan, upah haji dan umrah, tempahan tiket penerbangan, homestay, keperluan gaji dan umrah. Darul Mubarak yang beribu pejabat di No. 37, Jalan Maju 1, Taman Maju, 32610 Seri Iskandar, Perak. Tel: 05-3714001. Darul Mubarak ini juga mempunyai beberapa cawangan antaranya di Ipoh, No. 69, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang, 30100 Ipoh, Perak, Cawangan di Kajang, Selangor dan di Lot 3015-E, Jalan Rusila, Kampung Rusila, 21080 Marang, Terengganu. Pengarah urusannya, Ustaz Haji Muhammad Ismi bin Hj. Mat Taib merupakan sahabat baik saya sewaktu pengajian di peringkat sarjana, Universiti Malaya sedikit masa yang lalu. Tuan/puan, muslimin dan muslimat yang berhasrat untuk menunaikan umrah, pakej pelancongan, upah haji dan umrah di samping aspek-aspek lain maka hubungilah saya USTAZ MOHD NOR BIN JUSOH @ lebih dikenali USTAZ RABBANI melalui talian: 019-9347775 atau 01117947775. mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-81575235695539236832013-12-26T05:19:00.000-08:002013-12-26T05:19:07.996-08:00MAKANAN YANG DILARANG UNTUK PENGANTIN BARUSOALAN MELALUI MESEJ:Ustaz Rabbani,saya mendapat tahu ada beberapa makanan yang dilarang oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika pasangan itu baru berkahwin dan mengapa ia dilarang oleh Nabi Muhammad s.a.w. ?
JAWAPAN: Larangan terhadap pengantin itu daripada memakan dan meminum empat jenis makanan ini iaitu susu, cuka, coriander (ketumbar) dan Apple masam. Dalam satu dialog antara Saidina Ali r.a. bertanya Rasulullah s.a.w. mengapakah empat jenis makanan ini di larang? Baginda menjawab: "Kerana Rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."
Saidina Ali r.a bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan). Baginda menjawab: "Apabila dia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) dia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebab-sebabnya."mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-44396703906126048492013-12-25T16:37:00.000-08:002013-12-25T16:37:11.319-08:00PERKARA YANG PERLU DIBUAT KETIKA MENGHADAPI KESUSAHAN DALAM KEHIDUPAN1. Jangan sesekali sangsi pada Allah SWT (yakin dan percaya sepenuhnya terhadap Allah).
2. Terimalah hakikat bahawa semua sudah ditakdirkan untuk berlaku, dan akan mengikut pelan yang tidak boleh diubah.
3. Fahamilah bahawa nilai kesabaran tidak mempunyai pengganti untuk kesan positif ia pada orang yang dalam kesengsaraan.
4. Percayalah pada kesan ayat ini 'Tanpa ketahanan, apa yang boleh kita capai?'
5. Tanyalah diri sendiri 'Mengapakah harus anda bersama pihak yang sengaja memusnahkan diri sendiri?'
6. Yakinlah bahawa daripada jam ini ke jam seterusnya, perkara dunia akan berubah dan kesusahan bakal menghilang.
Ingatlah enam ramuan di atas ketika menghadapi kesusahan dan malapetaka. Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.
Kesusahan itu adalah serupa dengan penyakit. Ia mesti melalui prosesnya sebelum ia hilang. Sekiranya kita cuba cepatkan untuk menghilangkannya, ia akan bertambah dan membesar.
Adalah penting untuk seseorang yang sedang menghadapi kesusahan untuk bersabar, menunggu dengan harapan hari menjadi lega dan menguatkan ibadah, terutamanya sembahyang serta berdoa pada Allah SWT.
Kesusahan di dunia ini hanyalah satu ujian sebelum ke akhirat yang berkekalan. Ingatlah, kehidupan sebenar dan kekal kita ialah di akhirat. Dunia ini hanya persinggahan sebentar untuk melaksanakan ujian menentukan darjat setiap hambaNya.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"
10 SURAH YANG DAPAT MENGELAKKAN DARIPADA SEPULUH UJIAN BESAR ALLAH SWT
1) Surah Al-Fatihah- Surah ini dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2) Surah Yasin- Surah ini dapat menghilangkan dahaga atau kehausan pada hari kiamat.
3) Surah Dukhan- Surah ini dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4) Surah Al-Waqiah- Surah ini dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5) Surah Al-Mulk- Surah ini dapat meringankan azab di dalam kubur.
6) Surah Al-Kauthar- Surah ini dapat meleraikan segala pembalahan .
7) Surah Al-Kafirun- Surah ini dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8) Surah Al-IKhlas- Surah ini dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9) Surah Al-Falaq- Surah ini dapat menghapus perasaan hasad dengki.
10)Surah An-Nas- Surah ini dapat melindungi kita daripada penyakit was-was.mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-10198024315322347942013-12-25T15:44:00.002-08:002013-12-25T15:44:44.592-08:00DOSA DI ATAS KEPALA WANITA Jika diperhatikan beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas bahawa persoalan aurat adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka. Tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita. Di antara dosa itu ialah:
1) Tidak berhijab yakni tidak menutup aurat.
2) Menyambung rambut/memakai sanggul.
3) Mewarnai/menggilap rambut dengan warna hitam.
4) Mencabut uban.
5) Memakai bulu mata palsu.
6) Bersolek/berhias.
7) Merenggangkan/mengikir gigi.
8) Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab.
9) Memakai rambut palsu.
10)Mencukur rambut.
11)Memakai kanta lekap berwarna untuk berhias.
12)Pendedahan plastic untuk kecantikan.
13)Memakai kawat gigi untuk kecantikan atau tabarruj.
Berdasarkan aspek di atas, kita sebagai insan yang mengaku beriman dan bertaqwa kepada Allah amatlah wajar menjauhi larangan Allah dan Rasulullah s.a.w. demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-70993595995301122842013-12-25T07:22:00.000-08:002013-12-25T07:22:30.358-08:00MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SWT
Diriwayatkan daripada Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: "Cukurlah semuanya." (Hadith riwayat Abu Daud).
Kesimpulan hadith:
1. Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah SWT.
2. Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-74326567905995552102012-08-05T09:03:00.000-07:002012-08-05T09:03:42.093-07:00PROFIL DIRI

MOHD.NOR BIN JUSOH dilahirkan di Jertih, Besut, Terengganu tetapi kini menetap di Kampung Tanjung Angsa, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jertih kemudiannya di Sekolah Menengah Arab Saniah, Pasir Puteh, Kelantan dan selepas itu meneruskan persekolahan di Kuala Terengganu sehinggalah mendapat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Seterusnya menyambung pengajian di beberapa tempat berikut:

Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai, Kuala Lumpur - Diploma Pengajian Islam.

Universiti Malaya Kuala Lumpur - Diploma Pengajian Syariah.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuliyyah Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu & Warisan Islam.

Ijazah Sarjana di Universiti Malaya di dalam bidang al-Qur'an dan al-Hadith.

Kini beliau sedang menyiapkan tesis Ph.D bagi peringkat doktor falsafah di dalam bidang Pemikiran dan Tamadun Islam. Pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Darul Iman Malaysia selama tiga tahun di dalam bidang perbandingan agama khusus untuk pelajar-pelajar diploma dan ijazah. Pernah menjadi tenaga pengajar sambilan di Malaysian Maritime Academy di Institut Teknologi Petronas, Batu Rakit selama 3 tahun di dalam bidang Tamadun. Selain pernah berkhidmat di negeri Terengganu, beliau juga pernah berkhidmat di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Alhamdulillah, kini beliau berupaya menulis beberapa buah buku, membentangkan kertas kerja di seminar serta forum, menyumbang artikel di majalah-majalah serta akhbar-akhbar di dalam rangka untuk menyampaikan mesej dakwah. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu.
mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-23535954923260942102011-09-03T06:47:00.000-07:002011-09-03T07:19:32.135-07:00MALAM PERTAMA YANG PENUH BAROKAHDari hadith nabi s.a.w. yang bermaksud: "Ya Allah, berkahilah aku di dalam keluargaku dan berkahilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka serta berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah kami dalam kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dalam kebaikan pula." (Atsar riwayat Abddurrozaq dalam mushannafnya no. 10460, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Adabuz Zifaf 1:24)

FAEDAHNYA:

1. Setelah akad nikah selesai, kedua mempelai disunnahkan untuk solat sunnah dua rakaat. Solat ini dilakukan dengan berjemaah, sebagaimana yang dinukilkan dari kalangan salafush soleh.

2. Doa yang mulia ini dipanjatkan kepada Dzat Yang Maha Mendengar yang bersemayam di atas Arsy setelah selesai solat sunnah tersebut.

3. Sesungguhnya dzat yang memberi rezeki adalah Allah s.w.t. Seorang suami hanyalah perantara dengan Allah s.w.t. yang memberikan rezeki kepadanya untuk menafkahi keluarganya. Bagi menjelaskan lagi, sila rujuk al-Qur'an surah adz-Dzariyat :58.

4. Dalam mengharungi bahtera rumahtangga, tidak selamanya seseorang akan menjalaninya dengan mulus tanpa ada permasalahan. Adakalanya sebuah rumahtangga itu bertahan dalam menghadapi berbegai cubaan dan adakalanya tidak kuat menghadapinya sehingga mengharuskan mereka harus berpisah.

5. Dengan mengucapkan doa yang mulia ini, nescaya Allah s.w.t. akan memberikan kebaikan kepada keluarga tersebut, baik di kala rumahtangganya tetap bertahan mahupun harus berpisah di tengah jalan.

6. Doa yang sama boleh diucapkan oleh seorang suami kepada isterinya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang telah Engkau ciptakan dalam tabiatnya. Aku memohon perlindungan kepadaMu dari keburukannya dan keburukan apa yang yang telah Engkau ciptakan dalam tabiatnya." (Hadith Riwayat Abu Dawud no. 2160 dan Ibnu Majah no. 1918, disohihkan Syaikh al-Albani dalam Sohih wa Dho'if Sunan Abu Dawud no. 2160)mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-17887479213019271542011-09-03T04:54:00.000-07:002011-09-03T05:27:32.993-07:00ISTERI TIDAK MEMBERI PERHATIAN TERHADAP SUAMISOALAN:

Ustaz Rabbani, saya ada satu soalan berkaitan dengan isteri yang kurang perhatian kepada suami? Saya harap ustaz dapat menjawab soalan ini melalui blog ustaz dengan kadar segera, terima kasih.

(Abu Mansor, Johor Bharu)

JAWAPAN:

Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya menjawab soalan ini dan saya cuba menjawab sekadar yang termampu oleh saya secara ringkas.

Suami hendaklah memahami watak wanita. Menurut asal, wanita diciptakan kurang akal, kurang ibadah, lemah fizikal dan diciptakan dari tulang yang bengkok, ertinya mudah berbuat sesuatu yang tidak benar. Oleh kerana itu, suami hendaknya sering menasihati isteri dengan lembut dan bersabar atas gangguannya. Suami hendaklah memahami hadith berikut ini, sebagai bekal hidup agar tidak selalu tegang menghadapi isteri yang suka membantah bila dinasihati.

Dari sahabat Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia menyakiti tetangganya. Dan hendaklah kalian melaksanakan wasiatku untuk berbuat baik kepada para wanita, sebab mereka itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya, dan jika engkau membiarkannya, maka ia akan tetap bengkok. Maka hendaklah kalian melaksanakan wasiatku untuk berbuat baik kepada wanita." (Muttafaq Alaih).

Dari Sahabat Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bererti: "Jika engkau menikmatinya, maka engkau akan menikmatinya di atas kebengkokkannya. Namun jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya, dan mematahkannya adalah mencerainya." (Hadith Riwayat Muslim)

Bagi mengatasi masalah ini, suami hendaklah mengajak isteri untuk ta'lim atau menuntut ilmu syar'i bersama suami bila-bila masa sahaja. Soal ilmu adalah penting dan isteri sewajarnya perlukan kepada tarbiyyah. Isteri perlu dinasihati dengan baik, bahasa yang lembut dan sabar. Setelah dinasihati, tidak menjadi kenyataan juga maka suami perlu menjauhi tempat tidurnya. Jika belum berhasil juga, maka hendaklah dengan memukul tapi jangan dibahagian wajah dan badan yang membahayakan dirinya. Perkara ini boleh dirujuk juga kepada ayat al-Qur'an surah an-Nisa' ayat 34.

Tidak cukup dengan nasihat, mohonlah kepada Allah s.w.t. setiap sepertiga malam terakhir agar isteri mendapat taufik dan hidayah Allah s.w.t. Insya Allah. Setakat inilah sahaja yang dapat saya lontarkan idea untuk persoalan yang dibangkitkan.mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-51158812277539052312011-09-02T09:04:00.000-07:002011-09-02T09:11:15.037-07:00IMAM SYAFI'I PEMBELA HADITHSesungguhnya membela hadith nabi merupakan suatu amalan yang amat mulia dan utama. Oleh kerananya, tidak hairanlah bila para ulama menilainya sebagai jihad fi sabilillah. Imam Yahya bin Yahya pernah mengatakan: "Membela sunnah lebih utama daripada jihad".

Imam Syafi'i termasuk dalam saf pembela hadith nabi s.a.w. sehingga beliau mendapat gelar dari ulama' semasa beliau dengan "Nashirus Sunnah" (Pembela Hadith Nabi s.a.w.). Imam Ahmad berkata: semoga Allah merahmati Syafi'i, dia telah membela hadith-hadith Rasulullah s.a.w."

Bersambung lagi..............mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-79135533401525229152011-09-02T08:31:00.000-07:002011-09-02T08:56:13.349-07:00MENYINGKAP TABIR KEKUFURAN MUSTAFA KAMAL ATARTUKMustaffa Kamal Atartuk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Atartuk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam-Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah.

Di antara perkara-perkara besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem khalifah Islamiah ialah:

1. Menandatangani perjanjian Luzan.

Pada awal abad ke 20 masihi, Mustaffa Kamal Atartuk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat tiga syarat penting yang perlu dipatuhi oleh beliau iaitu:

a. Sistem khalifah Islamiah mesti dihapuskan.

b. Mengeluarkan atau menghapuskan sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki.

c. Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (sistem sekular) sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).

2. Menukar peraturan syariat Islam dengan undang-undang barat.

Setelah berkuasa, Mustaffa Kamal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jenayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi.

3. Memisah dan mengasingkan urusan agama dengan politik dan negara.

Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, beliau ada menyebut "Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik". Ini bererti beliau telah menerima dan melaksanakan fahaman sekular yang diambil dari barat dalam sistem pemerintahannya. Sistem sekular memang bercanggah dengan ajaran Islam.

4. Azan dalam bahasa Turki.

Setelah Mustafa Kamal Atartuk berkuasa di Turkin, beliau mengeluarkan perintah kepada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bahasa Arab.

5. Al-Qur'an dicetak dalam bahasa Turki.

Bersambung lagi...............mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-88797604639295437592011-09-01T08:58:00.000-07:002011-09-01T09:23:47.262-07:00BERBAHAGIALAH SEORANG ISTERI......Wanita memainkan peranan penting dalam sesebuah rumahtangga. Wanitalah isteri yang menyediakan segala keperluan dan teman suka duka suami. Wanita juga ibu yang mendidik dan menyediakan segala keperluan harian anak-anak. Semuanya dilakukan oleh wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Betapa besarnya jasa wanita sebagai isteri dan ibu. Semuanya dilakukan dengan ikhlas hati tanpa sebarang rungutan. Yang penting, tanggungjawab dilaksanakan dan keredhaan suami dan Allah dicari kerana tanpa keredhaan suami, seseorang isteri itu tidak akan mendapat keredhaan Allah.

Isteri berperanan sebagai tarbiyyah terhadap anak-anak. Jika baik didikan anak-anak, baiklah rumahtangga. Apabila rumah tangga baik, baiklah masyarakat. Semuanya bermula daripada rumahtangga yang bahagia, seperti kata pepatah "rumah itu syurgaku".

Hendak mendirikan rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan kita menjadi seperti sesetengah orang yang berkahwin apabila melihat orang lain berkahwin, sedangkan tanggungjawab sebagai suami isteri belum lagi difahami. Inilah sebabnya yang membawa kepada perceraian. Apa yang menyedihkan dunia hari ini, perkahwinan dan perceraian amat mudah dan sesetengah orang mempermudahkan segala-galanya. Ibu bapa juga bersikap terlalu negatif, anak-anak yang hendak mendirikan rumahtangga dihalang dan campurtangan yang agak serius. Sungguh pelek binti ajaib mutakhir ini, seolah-olah kebagaiaan anak-anak itu terletak 100% mengikut keluarga sedangkan kadar tertinggi sekali sekarang adalah faktor ibu bapa pencetus krisis dan perceraian rumahtangga.

Bersambung lagi...............mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-75211500682056133062011-08-31T05:21:00.000-07:002011-09-01T06:44:53.970-07:00PROFIL MUNAFIKKemunafikan merupakan sikap yang amat dibenci oleh Allah SWT. Allah mengancam orang yang munafik dengan seksaan api neraka. Allah juga telah merakam dan menggambarkan secara terperinci ciri-ciri munafikan ini. Sesungguhnya dengan hikmah dan rahmat Allah jua kita dipertontonkan segala profil orang munafik.

Kebencian Allah terhadap sifat munafik ini begitu jelas di dalam al-Qur'an. Contohnya mari kita meneliti pada awal surah al-Baqarah. Sebagai suatu perbandingan, Allah telah menerangkan 5 ayat untuk orang beriman, 2 ayat untuk kaum munafik. Bahkan terdapat satu surah khusus yang Allah namakan sebagai surah Munafikin.

Tanpa petunjuk Allah, suatu yang sukar dan sulit bagi kita untuk memahami karakter golongan munafik. Golongan manusia yang sentiasa menyembunyikan segala kejahatan yang tersirat di hati namun secara zahirnya memperlihatkan kebaikan perilaku Islam. Mereka begitu mempesonakan dari segi penampilan sedang di dalam jiwanya tersembunyi penyakit yang amat berbahaya bagi Islam dan umatnya. Berikut ini beberapa ciri-ciri sifat munafik yang dapat dikutip dan dipetik dari al-Qur'an al-Karim:

1. Mengaku beriman untuk menipu dan mengambil keuntungan dari orang-orang yang beriman.

Di antara manusia ada yang mengatakan : "Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar." (Surah al-Baqarah :8-9)

Inilah ciri pertama. Ia datang dengan baju yang sama tetapi dengan niat yang berbeza. Slogan mereka sering menggunakan simbol atau idiom yang biasa digunakan oleh orang beriman. Bahkan mereka juga seperti orang Islam yang lain dengan melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat dipercayai sebagai orang yang beriman namun taring-taringnya sentiasa siap-sedia untuk menguasai orang-orang yang beriman.

Setelah kepercayaan dan keyakinan orang beriman kepada kereka kuat dan kukuh barulah mereka melangkah kepada perancangan memurtadkan dan mengkafirkan umat Islam secara besar-besaran melalui pelbagai cara.

2. Sering melakukan kerosakan namun mengumumkan secara rasmi kepada seluruh masyarakat mereka sebagai orang yang melakukan kebaikan.

Sistem moral dan sosial ekonomi dan politik serta sumber alam merupakan objek yang dirosakkan oleh mereka. Mereka mengubah budaya masyarakat yang masih lurus dan bersih dengan bertopengkan kemajuan dan pembangunan mendakwa inilah kemodenan. Namun hakikatnya, mereka menjadikan budaya yang baik kepada budaya yang melapangkan jalan kepada gaya hidup hedonisme, seks bebas, homoseks dan seumpamanya.

Dengan dalih untuk menyelamatkan kehidupan rakyat, diperbolehkan asas monopoli dan oligopoli (keadaan pasaran yang hanya terdapat sedikit penjual). Peraturan-peraturan yang akan merosakkan dan menghancurkan sendi-sendi ketenangan masyarakat ditegakkan.

Di dalam al-Qur'an dinyatakan :"Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berbuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar." (Surah al-Baqarah : 11-12)

3. Mengambil orang-orang kafir sebagai teman-teman penolong mereka dengan meninggalkan orang mukmin.

Mereka lebih suka bergaul dan bercampur dengan orang-orang kafir agar memudahkan mereka melakukan perkara-perkara nifaq. Mereka menjadikan orang-orang yang memusuhi Allah sebagai rakan kongsi suka duka, sebagai penolong dan sahabat setia. Sementara terhadap orang beriman, mereka lebih suka menjauhkan diri dan menjaga jarak mereka dengan orang-orang yang beriman. Mereka sedar bahawa interaksi yang aktif dengan orang beriman akan membuka topeng mereka.

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Khabarkanlah kepada orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksa yang pedih. (iaitu) orang-orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." (Surah An-Nisaa' :138-139)

4. Amat suka memperolok-olokkan ayat Allah.

Inilah ciri yang biasa dilihat dari ucapan mereka. Perintah dan larangan Allah bagi mereka hanyalah sekadar bahan tawa. Yang lebih tidak sopan lagi apabila perintah Allah sering mereka ubah dalam keadaan penuh sedar, seolah-olah perintah itu hanyalah berasal dari manusia yang tak memiliki kekuasaan dan kekuatan. Dalam bentuknya yang canggih usaha memperolok-olok ayat Allah semakin mendapat tempat dalam sistem yang mendokong jahiliah.

"Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengarkan ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka sehingga mereka mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang yang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahanam." (QS An-Nisaa' : 140)

5. Malas untuk mendirikan solat dan sedikit mengingati Allah.

Sesuatu yang mustahil bagi golongan munafik untuk bertahan lama dalam menunaikan amal taat dan mengingati Allah sedangkan dalam hati mereka mengetahui apa sikap mereka terhadap Allah dan perintahNya.

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidak mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali". (Surah An-Nisaa' :142)

Walaupun ada ibadah yang mereka kerjakan, itu semua tidak terlepas dari kepentingan diri untuk mendapat pujian dan kredibiliti yang baik di sisi manusia. Bahkan, sering ibadah mereka hanyalah sebagai satu usaha untuk mengekalkan kekuasaan mereka dengan cara memperbodohkan umat sehingga umat itu sukar untuk memahami situasi yang sebenarnya. Fikiran mereka dipenuhi oleh berbagai tipu muslihat sehingga tidaklah mengingati Allah melainkan hanya sedikit.

6. Orang munafik benci berjihad.

Ketika dunia berada dalam keadaan aman dan tenang mereka sering berusaha merosakkan kekuatan Islam dari dalam. Namun, ketika terjadi peperangan, mereka sering berusaha mencari berbagai alasan untuk minta izin untuk tidak ikut sama berperang. Jika peperangan di sini dianalogikan dengan tugas-tugas yang menuntut tanggungjawab dan pengorbanan, maka orang-orang munafik sering mencari alasan untuk menolak tugas itu.

Sesungguhnya yang akan meminta izin (untuk tidak ikut berperang) kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya. Dan jika mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka: "Tinggallah kamu beserta orang yang tinggal itu!" (Surah At-Taubah:45-46)

Sikap mereka yang enggan berjihad ini sebenarnya berpunca dari kelemahan jiwa dan pandangannya tentang hakikat hidup. Bagi mereka dunia adalah segala-galanya. Di sisi yang lain mereka sebenarnya berharap agar jihad tidak dapat ditegakkan di mana jua. Tertegaknya jihad merupakan bahaya terbesar bagi mereka. Tidak ada lagi ruang gerak berbagai aktiviti kemunafikan mereka. Sifat ini jelas amat berbeza dengan sikap orang beriman. Panggilan jihad adalah pintu yang mereka cari dan rebut untuk mencapai kebahagiaan abadi di sisi Rabb tercinta. Medan jihad adalah ubtuk membuktikan kecintaan mereka kepada pemilik syurga. Medan jihad merupakan dambaan mereka setiap waktu. Ketenangan dan kebahagiaan mereka ada di sana, laksana ikan yang selalu mendambakan air.

mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-5193643414500734072011-08-31T02:58:00.000-07:002011-08-31T05:12:36.942-07:00CIRI-CIRI AJARAN SESATAjaran sesat bukan sahaja ancaman akidah, tetapi ada ketikanya menjadi ancaman keselamatan. Banyak kes di mana mereka yang terlibat dengan ajaran sesat begitu taasub sehingga mengakibatkan pertumpahan darah. Di Malaysia sudah lebih 46 ajaran yang dikenal pasti sebagai sesat. Ia digazetkan sesuatu ajaran itu sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya ia bercanggah dengan al-Qur'an dan al-Hadith. Takrif ajaran sesat ini dirujuk daripada al-Qur'an seperti tafsir pimpinan Rahman, yang mana disebut orang-orang yang sesat adalah orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk belajar atau orang yang berpengetahuan agama yang tidak betul kerana dia belajar tidak menurut dan jalan sebenar.

Antara ciri-ciri ajaran sesat antaranya ialah:-

1) Mencemarkan kesucian al-Qur'an dan hadith seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap al-Qur'an dan al-Hadith. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.

2) Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

3) Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Qadiani.

4) Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.

5) Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.

6) Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufaridiah.

7) Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali dan malaikat.

8) Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampian sebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

9) Menolak hadith mutawatir atau hadith secara umum seperti golongan anti hadith.

Justeru itu, isu ajaran sesat merupakan ancaman yang tidak wajar dipandang enteng. Jika hal tersebut tidak dibendung atau tidak diselesaikan hingga ke peringkat akar umbi, ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kehidupan beragama dan kestabilan sosial dalam negara.mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-53250130924540730022011-08-28T07:56:00.000-07:002011-08-28T08:31:04.876-07:00AJARAN AYAH PIN MENYELEWENG DAN SESATJawatankuasa Farwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu telah mengeluarkan Fatwa bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah. Oleh yang demikian orang ramai hendaklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut. Ajaran Ayah Pin sesat dan menyeleweng berdasarkan ajaran dan fahamannya yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar:mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-72479170739594573662011-07-05T07:28:00.000-07:002011-07-05T07:48:31.202-07:00Gambar Kenangan

mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-3253573052364726372011-07-05T07:22:00.000-07:002011-07-05T07:38:36.485-07:00Gambar Keluarga Ustaz Rabbani

mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-4586791487499050192011-06-27T08:11:00.000-07:002011-06-27T08:36:25.439-07:00MENGENALI KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
Umar Abd al-Aziz atau dikenali dengan nama Umar 11 adalah khalifah ke 8 Bani Umayyah yang menggantikan Sulaiman b. Abd al-Malik. Nama lengkapnya ialah Abu Jaafar Umar b. Abd al-Aziz b. Marwan b. al-Hakam. Ibunya bernama Laila bt. 'Asim b. Umar al-Khattab. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 63 H/683 M. Antara tahun 87-93 H/704-12 M, beliau dilantik menjadi gabenor Hijaz oleh Khalifah al-Walid b. Abd al-Malik. Khalifah Sulaiman telah membantu Umar memegang jawatan khalifah melalui wasiat bertulis kerana memandangkan ketokohan dan jasanya yang membantu beliau dalam mempertahankan haknya sebagai putera mahkota yang mahu dihapuskan oleh Khalifah al-Walid b. Abd. al-Malik. Khalifah Umar telah memerintah antara tahun 99-101 H.

Khalifah Umar dianggap sebagai seorang yang warak dan patuh kepada ajaran Islam. Beliau juga alim dalam bidang perundangan Islam. Islam dan hadith serta pernah berguru dengan Imam Malik , Urwah b. Zubair, Said b. Musayyib dan lain-lain lagi. Beliau dan keluarganya juga telah mengenepikan semua kemewahan istana dan hidup cara sederhana sahaja. Menurut Ibn Abd al-Malik Hakam dalam kitab ; Sirah Umar b. Abd al-Aziz, sifat-sifat Umar yang baik, warak dan zuhud sejak dilantik menjadi khalifah telah banyak mempengaruhi dasar pemerintahannya. Dalam hal ini beliau bukan sahaja seorang Khalifah yang warak dan zuhud, tetapi juga seorang pemimpin yang dinamis dan radikal.

Dari segi politik, Khalifah Umar telah melakukan beberapa perubahan secara radikal terhadap dasar pemerintahan Bani Umaiyyah, terutama yang berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang Islam. Beliau telah berusaha melaksanakan dasar pemerintahan Islam seperti yang dilakukan oleh Kahlifah Umar al-Khattab. Beliau turut menghapuskan pengawal peribadi dan pengawal istana. Dengan terhapusnya sistem lama ini, maka rakyat jelata boleh menemui beliau tanpa apa-apa sekatan bagi membolehkan mereka membuat pengaduan terus kepadanya. ...............Bersambung lagi, Insya Allah.

mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-118809289148550332011-06-26T08:05:00.000-07:002011-06-26T08:25:27.954-07:00PERCUBAAN MEMBUNUH NABI MUHAMMAD S.A.W. DALAM KALANGAN ORANG-ORANG MUNAFIK
Perjalanan nabi Muhammad s.a.w. di dalam dakwah dipenuhi dengan ranjau-ranjau berduri sepanjang jalan namun berkat kesabaran, kegigihan, keberanian dan pelbagai usaha yang dilakukan oleh baginda, akhirnya membuahkan kejayaan. Di dalam perjalanan dakwah nabi s.a.w. orang-orang munafik membuat pelbagai perancangan untuk membunuh nabi s.a.w. Para pemimpin munafik telah berkumpul di rumah Suwailim, seorang Yahudi, dii pinggir kota Madinah untuk membalas mengenai peperangan ini dan peranan yang akan mereka mainkan untuk mengacau-bilaukan kaum Muslimin.

Suwailim berkata: "Wahai para pemimpin yang kekuasaannya telah dirampas oleh Muhammad. Sekarang tibalah peluang kalian untuk membalas dendam dan untuk mengembalikan kekuasaan kalian yang hilang. Perkara yang sedang dihadapi Muhammad ini tidak akan sanggup ditanganinya. Sesungguhnya bangsa Romawi yang telah mengalahkan Parsi adalah negara yang paling besar dan kuat. Orang Arab yang tidak tahu berrperang tidak akan mampu melawannya. Jika kaum Muslimin telah terpedaya kerana dapat menewaskan orang-orang Arab Badwi yang tidak pandai berperang serta kabilah-kabilah yang lemah maka esoknya mereka akan menghadapi bangsa lain. Mereka akan menghadapi Romawi dengan tenteranya yang hebat. Tentera yang berpengalaman dalam seni perang dan pandai dengan segala taktik perang. Bagaimana mungkin mereka akan menang?"

Berikutan dengan kerja buat mereka itu, salah seorang hadirin berkata: "Jika demikian, maka Muhammad dan para sahabatnya tidak lagi menjadi persoalan bagi kita. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menunggu berita kekalahan mereka dan membunuh mereka dalam keadaan demikian. Kami berjanji kepadamu hai Suwailim untuk mengembalikan orang-orang Yahudi ke benteng-benteng dan ladang-ladang mereka."

mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-81170597852736361452011-06-24T16:20:00.000-07:002011-06-24T17:08:31.695-07:00MENGENAI SAF KANAK-KANAK
Daripada Ibn 'Abbas - radiyalLahu 'anhuma - katanya: "Pada suatu malam, aku solat bersama Rasulullah s.a.w. Aku berdiri di sebelah kirinya. Lalu baginda memegang kepalaku dan mengalihku ke sebelah kanan baginda." (Muttafaq alayh, al-Bukhari 726, Muslim 1837).

PENGAJARAN HADITH:

1) Abdullah bin 'Abbas - radiyallahu 'anh - adalah salah seorang daripada remaja-remaja yang tamak akan kebaikan dan ilmu sehingga beliau sanggup tidur di rumah makciknya, Maimunah iaitu isteri Nabi s.a.w. - untuk melihat sendiri bagaimana tahajjud Nabi s.a.w. Ketika itu umurnya hampir 11 tahun.

2) Hadith di atas menunjukkan bahawa pendidikan anak-anak khususnya dalam solat hendaklah bermula sejak kecil termasuklah ibadah sunat seperti tahajjud.

3) Solat malam adalah wajib bagi nabi-nabi s.a.w. - tetapi ia adalah sunat bagi Anas dan orang lain. Jadi, hadith di atas menjadi dalil bahawa boleh dan sah bagi orang yang solat fardu (wajib) mengimamkan orang yang solat sunat.

4) Hadith di atas menjadi salil bahawa sah orang yang baligh (dewasa) mengimamkan kanak-kanak walaupun seorang.

5) Hadith menunjukkan bahawa saf kanak-kanak bersama orang yang baligh adalah sah.

6) Hadith menunjukkan bahawa yang terbaik bagi seorang makmum itu ialah berdiri di sebelah kanan dan rapat dengan imam. Tetapi sah solat bagi makmum yang berdiri di sebelah kiri imam walaupun kosong disebelah kanan. Ini berdasarkan hadith di atas kerana Nabi s.a.w. tidak membatalkan solat Ibn Abbas.

7) Hadith menunjukkan keharusan solat malam dan kelebihannya. Nabi s.a.w. - berterusan melakukannya serta menggalakkannya.

8) Hadith menunjukkan bahawa berniat menjadi imam sebelum solat bukanlah syarat sah untuk menjadi imam. Boleh berniat sebagai imam selepas takbiratul ihram.

9) Pergerakan selain daripada pergerakan rukun solat seperti mengubah kedudukan makmum dan sebagainya yang dilakukan ketika solat untuk maslahat (kepentingan) solat adalah tidak membatalkan solat sama sekali.

Kata Imam al-Nawawiy di dalam kitab Raudah al-Talibin: "Jika hanya seorang makmum, diharuskan untuk berada belakang sedikit daripada tempat imam berdiri. Jika terdapat dua orang makmum atau lebih, maka mereka perlu berada di belakang imam. Sah solat walaupun imam dan makmum berada sebaris. Ukuran bagi hadapan atau sebaris dengan imam adalah pada tumit. Jika tumit sama sebaris tetapi jari-jari kaki makmum berada hadapan daripada imam, maka tidak mengapa." Jika jari-jari kaki makmum berada belakang daripada jari-jari kaki imam tetapi tumitnya berada hadapan daripada imam, maka solatnya terbatal.

10) Hadith menunjukkan bahawa boleh melakukan solat sunat secara berjamaah seperti solat sunat tahajjud hanya sekadar untuk mengajar atau melatih diri dan ia tidak dijadikan syiar yang berterusan.

KHILAF ULAMA'

1. Pendapat yang masyhur dalam mazhab Imam Ahmad (Hanbaliy): Rosak solat seorang makmum itu jika ia berdiri di sebelah kiri imam sedangkan kosong di sebelah kanannya.

2. Pendapat jumhur ulama' - di antaranya imam yang tiga (Shafi'iy, Malikiy dan Hanafiy): Sah solat di sebelah kiri Imam walaupun kosong di sebelah kanan. Sebahagian besar para sahabat berpendapat sedemikian. Mereka berdalilkan hadith (1) di atas. Berdasarkan hadith tersebut, Nabi s.a.w. - tidak membatalkan solat Ibn Abbas. Baginda hanya mengubahnya ke dudukan yang lebih baik.

3. Pendapat jumhur ulama': Sah saf kanak-kanak di dalam solat bersama orang dewasa sama ada di dalam solat fardu atau solat sunat berdasarkan hadith ini.

4. Pendapat yang masyhur dalam mazhab Hanbaliy: Sah saf kanak-kanak bersama orang dewasa di dalam solat sunat sahaja, bukan solat fardu. Namun, tiada dalil yang disertakan.

Yang paling sahih ialah harus saf kanak-kanak bersama orang dewasa sama ada di dalam solat fardu atau sunat kerana tiada dalil yang menetapkan solat fardu atau sunat. Hukum ini merangkumi kedua-duanya. Barangsiapa yang mengkhususkan salah satu daripada keduanya, maka hendaklah ia mempunyai dalil. Kata Syeikh al-Islam: "Ini adalah pendapat yang kuat."

mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-85612197821066561092010-09-09T07:07:00.000-07:002010-09-09T07:31:12.289-07:00KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU AGAMA
Sesungguhnya ilmu agama lebih utama jika dibandingkan dengan ilmu keduniaan. Hal ini jelas daripada sabda nabi yang bermaksud: " Dunia akan pergi berlalu dan akhirat akan datang menjelang dan kedua-duanya mempunyai anak-anak. Maka jadilah kamu anak akhirat dan jangan menjadi anak dunia. Sesungguhnya pada hari ini hanya ada amal tanpa hisab (perhitungan) dan esok hanya ada hisab (perhitungan) tanpa amal." (Hadith sahih riwayat Bukhari)

Terdapat banyak keutamaan bagi mereka yang memiliki ilmu agama, antara keutamaan itu ialah:

1. Ia warisan semua nabi.

2. Ilmu itu akan kekal sekalipun pemiliknya meninggal, tetapi harta yang menjadi rebutan akan sirna.

3. Ilmu, sebanyak mana pun tidak menyusahkan pemiliknya untuk menyimpan. Ia tidak memerlukan gedung besar untuk meletakkannya. Ia cukup untuk disimpan dalam dada dan kepala. Ilmu akan menjaga pemiliknya sehingga memberi rasa nyaman dan aman. Berlainan dengan harta, semakin bertimbun, semakin susah untuk mencari tempat menyimpannya.

4. Ilmu boleh menghantar pemiliknya menjadi saksi atas kebenaran dan keesaan Allah. Tetapi harta sama sekali tidak akan menghantar pemiliknya sampai ke darjat itu.

5. Ulama (ahli ilmu syariat) tidak menganjurkan pendurhakaan terhadap Allah dan RasulNya. Kenyataan ini boleh dirujuk surah An-Nisa' ayat 59.
mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-49013030400942961832010-09-09T01:16:00.000-07:002010-09-09T07:04:49.998-07:00MASJID DESTINASI YANG DISUKAI OLEH ALLAH
Masjid adalah tempat yang disukai oleh Allah manakala pasar adalah tempat yang dibenci oleh Allah. Solat di masjid Haram seratus ribu kali ganda pahala solat manakala solat di masjid Aqsa lima ratus kali ganda pahala. Sesiapa yang membina masjid mengharapkan keredhaan Allah semata-mata maka Allah akan membina seumpama untuk dirinya di syurga.

Suatu hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad bermaksud sesiapa yang membina masjid walau sebesar sarang burung. Allah akan bina rumah untuknya di syurga.

Disunatkan membaca doa untuk ke masjid seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Ya Allah jadikan cahaya dihatiku, cahaya di pandanganku, cahaya di pendengaranku, cahaya di kananku, cahaya di belakangku, cahaya di sarafku, cahaya di dagingku, cahaya di darahku, cahaya dirambutku dan cahaya di kulitku." (Hadith ini sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Dalam hadith yang lain, Bukhari dan Muslim meriwayatkan, maksudnya: "Sesiapa yang ke masjid pada waktu pagi atau petang. Allah akan menyediakannya hidangan di syurga setiap kali dia pergi waktu pagi atau petang".

Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan lain-lain bermaksud: "Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa ke masjid maka saksikanlah dengan keimanannya."

Disunatkan dua rakaat tahiyyatul masjid apabila masuk ke masjid sebelum duduk. Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya : "Apabila seseorang masuk ke masjid hendaklah dia sembahyang dua rakaat sebelum dia duduk." (Hadith ini sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Orang berjunub, berhaid dan bernifas, mereka semua dilarang masuk ke masjid melainkan jika hanya lalu tanpa berhenti di dalam masjid. Firman Allah, maksudnya: "Dan orang-orang yang berjunub tidak boleh masuk ke masjid melainkan dengan keadaan lalu sahaja sehingga mereka mandi wajib." (Rujuk surah An-Nisa' 4:43)

Nabi bersabda di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud, maksudnya: "Maka sesungguhnya aku mengharamkan masjid kepada orang yang berhaid dan berjunub".

Mengenai tidur di masjid, harus dan tidak makruh tidur di masjid menurut ulama mazhab Syafie kerana ia dilakukan oleh Ibnu Umar dalam hadith sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Berkaitan dengan orang kafir masuk masjid pula yang menjadi isu mutakhir ini, Imam Abu Hanifah dan ulama mazhab Syafie mengharuskan kepada orang kafir masuk ke masjid. Ini kerana, Thamamah bin Athal diikat di masjid dan orang kristian Najran masuk ke masjid Nabawi. Mazhab Syafie meletakkan dua syarat iaitu:

1. Mendapat keizinan oleh pimpinan Islam.

2. Bukannya masjid haram Makkah.

Bagi mazhab Maliki, melarang sama sekali kemasukan orang kafir melainkan orang-orang yang bekerja.

Menyentuh mengenai larangan mengotorkan masjid, Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Meludah di masjid adalah satu kesalahan, penghapus dosanya adalah dengan menanamnya." (Hadith sahih Bukhari dan Muslim).

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya masjid-masjid ini tidak boleh dikencingkan dan dicampakkan kotoran. Sesungguhnya ia hanya untuk berzikir dan membaca al-Qur'an."
mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5839011756559667271.post-7020885787302610482010-06-20T07:54:00.000-07:002010-06-20T08:59:12.401-07:00BULAN REJAB:SUATU PANDANGAN DAN PERBAHASAN
Setiap kali tibanya bulan Rejab, persoalan fadhilat, hadith dhoif, maudhu' dan aspek-aspek yang berkaitan sering kali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam. Bulan Rejab adalah salah satu bulan dari 12 bulan dalam Islam. Rejab ertinya mulia. Ini menggambarkan bahawa bulan Rejab adalah bulan yang mulia. Bulan Rejab mengandungi pelbagai peristiwa yang bersejarah kepada umat Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga kaitan dengan peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari bulan-bulan haram. Hujah yang boleh dijadikan sumber pegangan kita di dalam perkara ini adalah berasaskan kepada al-Qur'an di dalam surah at-Taubah ayat 9 yang bermaksud:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa."

Menurut Tafsir Jalalain yang dimaksudkan dengan ' di antaranya empat bulan yang dihormati' ialah: "Empat bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab" . Di dalam perkara ini telah disepakati oleh ulama'.

Apabila munculnya bulan Rejab, di antara hadith yang sering diutarakan tentang kelebihan bulan Rejab ini ialah hadith daripada Abi Said al-Khudriy yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku". Hadith ini banyak dicatatkan dalam kitab-kitab jawi melayu, tetapi persoalannya apakah pandangan ulama' hadith tentang kesahihan hadith ini?

Di sini, dilontarkan beberapa pandangan muhaddisin (ulama' hadith) tentang hadith ini. Pandangan para muhaddisin ini dinaqalkan daripada risalah "Izharul Ajbi Fi Bayaani Bida' Syahri Rajabi", karangan Syeikh Aqil bin Muhammad.

1. Al-Iman Ibnu Jauzi. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Al-Maudhuuat" (hadith-hadith palsu). Beliau telah memasukkan hadith ini dalam kitab beliau tersebut dan menyebut: Hadith ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. jilid 2, muka surat 206.

2. Imam al-Suyuti. Beliau telah mengarang kitab "Al-Laali' al-Masnu'ah Fil Ahadith al-Maudu'ah" iaitu satu kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu. Beliau memasukkan hadith ini ke dalam kitab tersebut, jilid 2, muka surat 114.
mohd nor jusohhttp://www.blogger.com/profile/10350818518792021688noreply@blogger.com1