Kaum wanita boleh belajar mengenali lelaki supaya kebahagiaan dapat dinikmati bersama. Untuk mengetahui rahsia bagi seseorang wanita untuk menambat hati lelaki antaranya ialah: 1) Terima lelaki seadanya. Yang penting untuk wanita tahu ialah mengenai lelaki dan bukan mengubah lelaki. Jika wanita mahu mengubah personality lelaki yang menjadi kekasih atau suami, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda. 2) Fahamilah lelaki agar dia memahami anda. Sesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. 3) Berubah untuk menikmati perubahan. Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya. 4) Percaya untuk dipercayai. Sekiranya wanita tidak mempercayai lelaki, jangan wanita mengharapkan lelaki itu mempercayai wanita itu. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang saying. Untuk membuat orang lain percaya kepada kita bukanlah perkara yang senang. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada kita, bukanlah susah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan kita, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya. INSYA ALLAH BERSAMBUNG LAGI........

0 comments:

Post a Comment

Pengikut