SOALAN MELALUI MESEJ:Ustaz Rabbani,saya mendapat tahu ada beberapa makanan yang dilarang oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika pasangan itu baru berkahwin dan mengapa ia dilarang oleh Nabi Muhammad s.a.w. ? JAWAPAN: Larangan terhadap pengantin itu daripada memakan dan meminum empat jenis makanan ini iaitu susu, cuka, coriander (ketumbar) dan Apple masam. Dalam satu dialog antara Saidina Ali r.a. bertanya Rasulullah s.a.w. mengapakah empat jenis makanan ini di larang? Baginda menjawab: "Kerana Rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak." Saidina Ali r.a bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan). Baginda menjawab: "Apabila dia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) dia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebab-sebabnya."

0 comments:

Post a Comment

Pengikut