Sewaktu saya belajar di Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai, Kuala Lumpur beberapa kali telah dipanggil oleh Pengetua (kini Pengarah) Maktab kerana menulis. Ini merupakan kenangan dan ingatan yang berpanjangan di dalam hidup ini. Menulis adalah suatu perjuangan yang sekian lama saya dokongi. Matlamatnya adalah untuk dakwah. Saya menulis sewaktu dibangku persekolahan lagi dan selepas itu menulis di dada-dada akhbar, majalah dan pelbagai media massa. Berkecimpung sebagai wartawan 15 tahun mematangkan kehidupan ini berdepan dengan pelbagai karenah dan cabaran.
Kini, ramai di kalangan pelajar mahupun pelatih perguruan meminati seni. Salah satu daripada cabang seni ialah seni sastera. Melalui sastera, kita dapat melahirkan bahasa yang indah, segar, penuh unsur-unsur simbolik untuk dihayati dan difahami.
Ramai sasterawan dan penulis kita adalah orang Islam. Atau lebih tepat lagi Melayu Islam. Tapi apakah mereka ini penulis Islam yang mukmin. Maksud penulis Islam di sini ialah penulis yang dapat menyedarkan masyarakat melalui tulisan Islamnya, yang berjaya menitiskan airmata pembaca apabila bicara soal hidup, mati, syurga, neraka, Tuhan dan kiamat.
Tulisan ini terpaksa di sambung semula kerana kesibukan.........Maaf.

1 comments:

  1. insyaALLAH..IPG KDRI akn melahirkan kader2 dkwah dlm smue sdut trmasuk pnulisan..ape yg pnt adlah krjasama yg erat antra pnsyarah dan pljr.. (^_^)

    ReplyDelete

Pengikut