Mustaffa Kamal Atartuk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Atartuk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam-Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah.

Di antara perkara-perkara besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem khalifah Islamiah ialah:

1. Menandatangani perjanjian Luzan.

Pada awal abad ke 20 masihi, Mustaffa Kamal Atartuk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat tiga syarat penting yang perlu dipatuhi oleh beliau iaitu:

a. Sistem khalifah Islamiah mesti dihapuskan.
b. Mengeluarkan atau menghapuskan sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki.
c. Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (sistem sekular) sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).

2. Menukar peraturan syariat Islam dengan undang-undang barat.

Setelah berkuasa, Mustaffa Kamal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jenayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi.

3. Memisah dan mengasingkan urusan agama dengan politik dan negara.

Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, beliau ada menyebut "Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik". Ini bererti beliau telah menerima dan melaksanakan fahaman sekular yang diambil dari barat dalam sistem pemerintahannya. Sistem sekular memang bercanggah dengan ajaran Islam.

4. Azan dalam bahasa Turki.

Setelah Mustafa Kamal Atartuk berkuasa di Turkin, beliau mengeluarkan perintah kepada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bahasa Arab.

5. Al-Qur'an dicetak dalam bahasa Turki.


Bersambung lagi...............

0 comments:

Post a Comment

Pengikut