SOALAN:
Ustaz Rabbani, saya ada satu soalan berkaitan dengan isteri yang kurang perhatian kepada suami? Saya harap ustaz dapat menjawab soalan ini melalui blog ustaz dengan kadar segera, terima kasih.

(Abu Mansor, Johor Bharu)

JAWAPAN:

Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya menjawab soalan ini dan saya cuba menjawab sekadar yang termampu oleh saya secara ringkas.

Suami hendaklah memahami watak wanita. Menurut asal, wanita diciptakan kurang akal, kurang ibadah, lemah fizikal dan diciptakan dari tulang yang bengkok, ertinya mudah berbuat sesuatu yang tidak benar. Oleh kerana itu, suami hendaknya sering menasihati isteri dengan lembut dan bersabar atas gangguannya. Suami hendaklah memahami hadith berikut ini, sebagai bekal hidup agar tidak selalu tegang menghadapi isteri yang suka membantah bila dinasihati.

Dari sahabat Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia menyakiti tetangganya. Dan hendaklah kalian melaksanakan wasiatku untuk berbuat baik kepada para wanita, sebab mereka itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya, dan jika engkau membiarkannya, maka ia akan tetap bengkok. Maka hendaklah kalian melaksanakan wasiatku untuk berbuat baik kepada wanita." (Muttafaq Alaih).

Dari Sahabat Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bererti: "Jika engkau menikmatinya, maka engkau akan menikmatinya di atas kebengkokkannya. Namun jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya, dan mematahkannya adalah mencerainya." (Hadith Riwayat Muslim)

Bagi mengatasi masalah ini, suami hendaklah mengajak isteri untuk ta'lim atau menuntut ilmu syar'i bersama suami bila-bila masa sahaja. Soal ilmu adalah penting dan isteri sewajarnya perlukan kepada tarbiyyah. Isteri perlu dinasihati dengan baik, bahasa yang lembut dan sabar. Setelah dinasihati, tidak menjadi kenyataan juga maka suami perlu menjauhi tempat tidurnya. Jika belum berhasil juga, maka hendaklah dengan memukul tapi jangan dibahagian wajah dan badan yang membahayakan dirinya. Perkara ini boleh dirujuk juga kepada ayat al-Qur'an surah an-Nisa' ayat 34.

Tidak cukup dengan nasihat, mohonlah kepada Allah s.w.t. setiap sepertiga malam terakhir agar isteri mendapat taufik dan hidayah Allah s.w.t. Insya Allah. Setakat inilah sahaja yang dapat saya lontarkan idea untuk persoalan yang dibangkitkan.

0 comments:

Post a Comment

Pengikut