Wanita memainkan peranan penting dalam sesebuah rumahtangga. Wanitalah isteri yang menyediakan segala keperluan dan teman suka duka suami. Wanita juga ibu yang mendidik dan menyediakan segala keperluan harian anak-anak. Semuanya dilakukan oleh wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Betapa besarnya jasa wanita sebagai isteri dan ibu. Semuanya dilakukan dengan ikhlas hati tanpa sebarang rungutan. Yang penting, tanggungjawab dilaksanakan dan keredhaan suami dan Allah dicari kerana tanpa keredhaan suami, seseorang isteri itu tidak akan mendapat keredhaan Allah.

Isteri berperanan sebagai tarbiyyah terhadap anak-anak. Jika baik didikan anak-anak, baiklah rumahtangga. Apabila rumah tangga baik, baiklah masyarakat. Semuanya bermula daripada rumahtangga yang bahagia, seperti kata pepatah "rumah itu syurgaku".

Hendak mendirikan rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan kita menjadi seperti sesetengah orang yang berkahwin apabila melihat orang lain berkahwin, sedangkan tanggungjawab sebagai suami isteri belum lagi difahami. Inilah sebabnya yang membawa kepada perceraian. Apa yang menyedihkan dunia hari ini, perkahwinan dan perceraian amat mudah dan sesetengah orang mempermudahkan segala-galanya. Ibu bapa juga bersikap terlalu negatif, anak-anak yang hendak mendirikan rumahtangga dihalang dan campurtangan yang agak serius. Sungguh pelek binti ajaib mutakhir ini, seolah-olah kebagaiaan anak-anak itu terletak 100% mengikut keluarga sedangkan kadar tertinggi sekali sekarang adalah faktor ibu bapa pencetus krisis dan perceraian rumahtangga.

Bersambung lagi...............

Posted by Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) on Thursday, September 1, 2011
categories:

0 comments

Post a Comment

Asma'ul Husna

Hari Ini

Demi Masa...

Waktu Solat

Pengunjung

Blog Archive

Pembaca Setia

Profil

Profil
Ustaz Mohd Nor bin Jusoh

Pelancaran Buku

Pelancaran Buku
Pelancaran Buku Tamadun Islam

Keratan Akhbar Sempena Pelancaran Buku

titas

Buku TITAS

titas

Buku Panduan Perkahwinan

titas

Buku Pendidikan Islam Sem 2

titas

Buku Pendidikan Islam Sem 2

titas

Buku Tamadun Islam

titas

Buku Tamadun Islam

titas