KEBIASAANNYA..............
> Kita akan jatuh cinta pada seseorang setelah kita terpandang rupa parasnya yang cantik menawan .... ini yang dikatakan "Cinta pandang pertama" .....atau ini juga yang dikatakan "Dari mata turun ke hati".......
> Dikeranakan "looking good" ataupun "looking nice", rupanya boleh menyebabkan orang suka pada kita ataupun orang jatuh hati pada kita.
> Selain rupa paras yang cantik dan menawan, ada lagi beberapa faktor yang boleh menyebabkan orang suka dan jatuh hati pada kita.
> Seperti kita mempunyai budi pekerti yang mulia, akhlak yang mulia, tutur kata yang baik, berketrampilan yang baik seperti gaya, pakaian dan perawakan.
> Suara kita pula enak didengar bila kita bercakap dan lain-lain lagi. Bak kata kebanyakkan orang "pakej".... luaran dan dalaman kita memang benar-benar dapat menarik serta menawan hati orang yang melihat.
Sesungguhnya ! Inilah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.....Baginda bukan sekadar cantik menawan dari segi rupa parasnya, bahkan Baginda hebat dari segi sifat, peribadi dan perwatakan.
Luaran dan dalaman Rasulullah s.a.w. memang benar-benar hebat. Oleh kerana itu:
> Sekali orang terpandang, pasti akan jatuh hati.
> Sekali orang terdengar suaranya berkata-kata, pasti mereka akan tertarik.
> Sekali orang mendengar cerita tentangnya, pasti mereka tidak sabar untuk segera bertemu dengannya.
> Sekali orang mendekatinya, pasti mereka merasa tenang, nyaman dan ingin terus mendampinginya.
Hebat dan sungguh hebat andai kita benar-benar dapat mengenali Baginda s.a.w. Darinya pasti akan mencetuskan rasa cinta yang hebat. Benarlah apa yang telah diperkatakan oleh Imam al-Busairi dalam qasidah burdahnya :
"Baginda s.a.w. melebihi segala para Nabi s.a.w."
"Baik pada ciptaan tubuh badannya mahupun budi pekertinya"
"Dan mereka tidak dapat menandinginya"
"Baik pada ilmunya mahupun pada kemurahannya".
"Bagindalah Nabi s.a.w. yang sempurna jiwa dan raganya"
"Kemudian dipilih oleh Allah SWT Tuhan pencipta makhluk....
"Sebagai kekasihNya......."
Ayuh ! Mari kita cari jalan untuk lebih mengenali insan mulia ini. Moga darinya akan berputik dan berkembang rasa cinta yang berterusan dalam diri kita. Mari kita mengenali Baginda s.a.w. dan seterusnya bercinta ibaratkan 'Cintaku pandang pertama'.
1) Indah namanya
Datuknya Abdul Mutalib memberikan nama "Muhammad" yang bermaksud "Yang Terpuji". Pilihan nama itu rupanya benar-benar menjadikan Baginda seorang yang hebat kerana terpuji akhlak dan peribadinya.
2) Indah susuk tubuhnya
Berkata Ali bin Abi Talib r.a.: "Susuk tubuh Rasulullah s.a.w. tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Baginda memiliki susuk badan yang sederhana dibandingkan dengan kaumnya. Rambut Baginda tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus terjurai. Rambut Baginda ikal mayang, tubuhnya tidak gemuk dan wajah Baginda tidak terlalu bulat. Kulit Baginda putih kemerah-merahan. Kedua-dua bebola matanya hitam pekat, bulu matanya lentik, bidang bahunya lebar dan tidak berbulu. Dada Baginda berbulu, telapak kedua tangannya dan telapak kedua kakinya tebal. Ketika berjalan, Baginda seakan-akan menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, Baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antara kedua bahu Baginda terdapat tanda kenabian. Baginda adalah nabi terakhir, manusia yang paling lapang dadanya, ucapannya benar dan senang didengar, peribadinya lembut dan sopan, pergaulannya sungguh mulia. Siapa pun pertama kali melihatnya pasti merasa segan. Tetapi siapa yang telah lama mengenalinya pasti rasa cinta. Siapa pun yang cuba untuk menggambarkan rupa Baginda, pasti berkata: "Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah s.a.w. sama ada semasa Baginda hidup ataupun selepas Baginda wafat". (Riwayat Tirmidhi, Ibnu Sa'd dan Baihaqi)
3) Indah wajahnya.
Berkata Jabir Ibn Samurah r.a.: "Pada suatu malam yang cahaya bulan terang benderang. Aku melihat Rasulullah s.a.w. memakai baju berwarna merah. Aku menatap wajah Baginda dan memandang pada bulan. Sesungguhnya ! Wajah Baginda lebih indah daripada cahaya bulan". (Riwayat Tirmidhi, Darimi, Abu Syeikh, Hakim dan Tabrani).
4) Indah warna kulitnya.
Berkata Abu Hurairah r.a. : "Warna kulit Rasulullah s.a.w. putih bersih, seolah-olah Baginda diciptakan dari perak. Baginda juga memiliki rambut yang indah dan rapi". (Riwayat Tirmidhi)
5) Indah bentuk giginya.

1 comments:

Pengikut