Dalam kitab 'Nasoihul Ibad', karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani. Beliau ada menyatakan bahawa Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata "Sesungguhnya anak dan cucu syaitan ada sembilan keturunan".
Atau dengan erti kata yang lain, mungkin boleh kita maksudkan bahawa syaitan mempunyai sembilan menteri kabinet khas. Melalui menteri-menteri kabinet ini, syaitan merancang, menyusun pelan tindakan setiap masa untuk merosak serta menyesatkan manusia. Mereka ialah:
1) Syaitan Zalitun.
Syaitan Zalitun, tugasnya ialah menggoda, menghasut serta menipu daya orang yang berada di pasar-pasar, di pusat-pusat membeli-belah. Zalitun akan cuba menipu daya agar manusia melakukan kejahatan dalam jual-beli. Itu yang kita dapati ada juru-jual yang sungguh manis kata-katanya hingga pelanggan akhirnya terpaksa membeli.... ramai yang sanggup menipu, memujuk rayu serta bersumpah dalam menjual barangan. Sesungguhnya ! Inilah hasil tugasan si Zalitun yang berjaya menguasai pelanggannya.
2) Syaitan A'wan.
Syaitan A'wan ialah syaitan yang suka menipu-daya serta membujuk rayu para pemimpin, seperti raja-raja dan seumpamanya.
3) Syaitan Haffat.
Syaitan Haffat pula ialah syaitan yang mendorong manusia agar suka meminum arak serta apa-apa yang memabukkan.
4) Syaitan Murrah.
Syaitan yang bernama Murrah ialah syaitan yang cuba merosakkan manusia melalui hiburan seperti menggoda manusia agar sukakan muzik yang melampau serta mengkhayalkan.
5) Syaitan Masuth.
Syaitan bernama Masuth ialah syaitan yang cuba merosakkan manusia melalui kejahatan lidah seperti mencetuskan fitnah, berita bohong, berita palsu dan seumpamanya.
6) Syaitan Laqqus.
Syaitan bernama Laqqus ialah syaitan yang cuba merosakkan manusia dengan cara menggoda agar meninggalkan agama Islam. Laqqus akan menghasut manusia agar mensyirikkan Allah SWT Laqqus akan menghasut manusia agar menganut agama Majusi, Yahudi dan seumpamanya. Yang penting Laqqus akan berusaha untuk menyimpangkan manusia dari jalan kebenaran.
7) Syaitan Watsin.
Syaitan bernama Watsin ialah syaitan yang akan mengganggu, merosakkan bayi dan anak-anak.
8) Syaitan Dasim.
Syaitan yang bernama Dasim ialah syaitan yang sungguh disayangi oleh Iblis. Dasim akan merosakkan manusia dengan cara mencecah-belahkan rumahtangga. Dasimlah yang akan menggoda serta menghasut si suami agar berlaku jahat pada isteri dan akhirnya melafaz cerai. Dasimlah yang akan menggoda serta menghasut si isteri agar derhaka pada suami dan mencari jalan untuk minta di cerai.
9) Syaitan Walhan.
Syaitan yang bernama Walhan pula ialah syaitan yang akan mengganggu serta merosakkan manusia dengan cara mengacau manusia yang sedang melakukan ibadah. Sama ada ketika wuduk, solat dan seumpamanya.
Selain itu ! Ada satu lagi syaitan iaitu syaitan bernama Abyab. Dia ini akan datang kepada ahli ibadah, para wali dan para alim ulama' lalu berusaha untuk menyesatkan mereka. Bermakna bila besar serban si ahli ibadah, maka lagilah besar pangkat si syaitan yang akan datang menyesatkannya.
Hebat dan memang hebat sungguh bentuk kerja syaitan, kerana mereka mempunyai kabinet yang tersusun rapi.
Syaitan ! Selain mereka mempunyai kabinet yang tersusun rapi, mereka juga mempunyai cara yang khusus untuk merosak serta menipu-daya manusia. Bagi mereka, yang penting manusia mesti dirosakkan, disesatkan, didorongkan kepada kejahatan. Agar di akhirat nanti manusia yang ramai akan sama-sama dihumban ke dalam neraka.
Dalam kitab "Tazkiyatun Nafs" bermaksud "penyucian diri", yang ditulis oleh Ustaz Sa'id Hawwa. Kitab ini merupakan intisari kepada kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.
Di dalam kitab "Tazkiyatun Nafs", Ustaz Sa'id Hawwa ada menyatakan satu tajuk "Mengetahui pintu-pintu masuk syaitan ke dalam jiwa dan menutup jalan-jalannya".
Antara pintu-pintu besar yang digunakan oleh syaitan untuk merosakkan manusia ialah melalui:-
1) Marah.
Marah ibarat bius kepada akal. Bila ia telah mempengaruhi akal, maka manusia akan mengeluarkan kata-kata ataupun tindakan yang tidak siuman ataupun disedari.
2) Dengki dan Tamak.
Dengki dan tamak akan menjadikan manusia buta dan tuli dari kebenaran. Bila manusia telah dirasuk dengki dan tamak, yang dia fikir dalam dirinya ialah bagaimana untuk mendapatkan sesuatu benda ataupun sesuatu perkara.
3) Makanan, kekenyangan yang melampau.
Mengenai makan ini ada enam sifat tercela iaitu:
a) Terlalu kenyang akan menghilangkan rasa takut kepada Allah di dalam hati.
b) Menghilangkan rasa kasih sayang sesama makhluk di dalam hati.
c) Menghalang kita untuk melalkukan ketaatan.
d) Susah menerima kata-kata nasihat dan hikmah.
e) Apabila memberi nasihat, tidak menyentuh hati.
f) Menimbulkan banyak penyakit.
4) Tamak kepada manusia.
Kita akan sakit hati bila melihat orang lain mendapat harta ataupun mendapat kebaikan. Dan kita akan mencari jalan untuk merampas apa yang dipunyai oleh orang lain.
5) Terburu-buru, kelam-kabut dan tidak berfikir panjang.
Manusia suka terburu-buru, kelam-kabut, tidak mahu fikir panjang. Akhirnya kita menemui kegagalan.
6) Suka dan gila kepada harta kekayaan seperti wang ringgit.
Bila kosong..... bila tak ada, maka kita akan berfikir dan berusaha untuk mengadakannya....khususnya untuk mengadakan harta. Bermula dari sedikit.....kemudian banyak dan banyak. Sedangkan dalam masa yang sama kita tidak hiraukan lagi adakah ianya halal ataupun haram.
7) Bakhil dan takut miskin.
Manusia akan berusaha keras untuk mengumpul harta kerana tidak mahu miskin. Bila harta sudah banyak, manusia malas memberikan infaq dan sedekah. Kerana sifat bakhil telah masuk ke dalam diri.
8) Sikap fanatik yang melampau.
Kita rasa kita sahaja yang benar.... orang lain semuanya salah ! Akhirnya membawa kepada perpecahan dan pergaduhan.
9) Mengajak orang awam untuk berfikir tentang zat Allah.
Sesungguhnya ! Kita boleh berfikir tentang segala apa yang telah diciptakan oleh Allah, tetapi tidak boleh bahkan tidak akan dapat untuk memikirkan tentang zat Allah.
10) Buruk sangka kepada sesama Muslimin.
Sesiapa yang suka berburuk sangka, sesungguhnya dia telah berjaya dirasuk oleh syaitan yang sentiasa mundar-mandir melalui peredaran darah dalam badan kita.
Oleh itu ! Setelah kita mengetahui sedikit sebanyak pintu ataupun cara syaitan merosakkan kita. Maka marilah kita berusaha untuk menutup pintu-pintu itu dan berusahalah untuk mengalahkan kejahatan syaitan yang bukan hanya berlegar di luar diri kita. Bahkan sebenarnya kejahatan itu bertapak dan akan terus bertapak dalam diri kita.
Lebih baik kita mati dalam keadaan kita berjuang melawan kejahatan syaitan, daripada kita mati dalam keadaan menyerah kepada syaitan yang tidak pernah mengaku kalah. Berjuanglah, semoga kita menang dalam peperangan kita dengan syaitan. Takbir !!! Allahu Akbar.

0 comments:

Post a Comment

Pengikut