"Dan hendaklah mereka (wanita) menutupkan kain tudung ke dada-dada mereka."
Sebelum penurunan arahan ini, menjadi kelaziman wanita-wanita Islam ketika itu memakai kain tudung yang hanya menutup bahagian atas kepala (rambut) mereka sahaja dan membiarkan kain itu mengurai ke belakang seperti yang dipakai oleh wanita-wanita lain pada waktu tersebut. Pemakaian seperti ini menzahirkan bahagian telinga, tengkuk dan bahagian atas dada mereka. Lalu, Allah SWT menurunkan nas ini bagi menjelaskan bentuk pakaian wanita yang sebenar. Dalam perkara ini, Aisyah r.a menyatakan bila mana turunnya ayat ini, wanita-wanita Islam dari kalangan muhajirin dengan segera telah mengoyakkan kain-kain kepunyaan mereka untuk menutup bahagian-bahagian yang diarahkan Allah SWT.
Walaupun begitu, pemakaian tudung masih tidak boleh lari daripada konsep-konsep pakaian yang telah disebutkan, di antaranya ialah pemakaian kain tudung yang jarang atau tidak menutup bahagian dada secara keseluruhannya sehingga menampakkan apa yang disebaliknya masih tidak menepati kehendak arahan ini. Penjelasannya boleh dilihat dalam kisah di mana Aisyah pernah menegur anak saudaranya iaitu Hafsah yang bertudung dengan kain yang jarang sehingga menampakkan bahagian tengkuknya, lalu Aisyah berkata:
Ertinya: "Sesungguhnya bertudung itu mestilah dengan menggunakan kain yang tebal serta memenuhi ciri-ciri penutupan."
Manakala dalam kisah yang lain bagaimana Aisyah r.a telah didatangi oleh seorang wanita Islam yang memakai tudung kepala daripada kain jenis Qibti yang dicelup asfar (kain yang jarang). Lalu Aisyah r.a pun berkata:
لم تؤمن بسورة النور المرأة تلبس هذا
Ertinya: "Tidak beriman dengan surah An-Nur wanita yang memakai kain ini."
Bersambung lagi........ Insya Allah, jika masa mengizinkan berbuat demikian.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.