Rumah merupakan mahligai paling penting di dalam memupuk tarbiyyah anak-anak. Ibu bapa harus menjadi contoh kepada anak-anak tanpa ada perbezaan kerana anak-anak akan menjadi keliru, jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza di dalam mendidik anak-anak. Untuk mendidik anak-anak dengan pendidikan yang baik, kita haruslah menghidupkan sunnah di dalam rumah, antaranya ialah: 1) Memberi salam. Jadikan salam sebagai amalan harian di dalam rumah bermula dari langkah pertama memasuki rumah, sebelum berangkat ke sekolah atau ke tempat kerja, sebelum tidur dan apabila menjawab salam biasakan menjawab dengan ucapan yang lebih baik daripada salam yang diberi. 2) Membiasakan anak membaca doa setiap kali melakukan sesuatu perkara. Doa sebelum dan selepas makan, sebelum memasuki dan selepas memasuki tandas, doa sebelum belajar, doa sebelum memakai pakaian, doa keluar rumah dan sebagainya. Berdoa menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam perlindungan Allah. 3) Membiasakan berzikir dan mengucap. Kalimah seperti Allahuakbar, astaghfirullah, Alhamdulillah, berselawat dan yang seumpama dengannya hendaklah dibiasakan meniti dibibir anak-anak serta ahli keluarga. 4) Solat berjemaah. Melalui solat berjemaah, ia boleh dilakukan sama ada dirumah atau dimasjid dengan membawa seluruh ahli keluarga bersama-sama. Solat berjemaah di rumah pula dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan di samping mendidik anak-anak untuk tidak mengabaikan solat dan memastikan mereka bersolat dengan betul. 5) Mengaji al-Qur'an bersama-sama. Ibu bapa yang prihatin akan selalu menguji tahap kecekapan anak-anak mereka dalam pelajaran bukan sahaja ilmu akademik tetapi juga dalam ilmu agama seperti sejauhmanakah kelancaran mereka membaca kitab suci al-Qur'an. 6) Menghadiri kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang menambahkan informasi Islam. 7) Merapatkan ukhuwah - contohnya makan bersama-sama. 8) Memberi kasih saying kepada semua anak-anak. 9) Penampilan yang bersih dan rapi. 10) Mengajar anak-anak berdikari.

0 comments:

Post a Comment

Pengikut