Jika diperhatikan beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas bahawa persoalan aurat adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka. Tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita. Di antara dosa itu ialah: 1) Tidak berhijab yakni tidak menutup aurat. 2) Menyambung rambut/memakai sanggul. 3) Mewarnai/menggilap rambut dengan warna hitam. 4) Mencabut uban. 5) Memakai bulu mata palsu. 6) Bersolek/berhias. 7) Merenggangkan/mengikir gigi. 8) Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab. 9) Memakai rambut palsu. 10)Mencukur rambut. 11)Memakai kanta lekap berwarna untuk berhias. 12)Pendedahan plastic untuk kecantikan. 13)Memakai kawat gigi untuk kecantikan atau tabarruj. Berdasarkan aspek di atas, kita sebagai insan yang mengaku beriman dan bertaqwa kepada Allah amatlah wajar menjauhi larangan Allah dan Rasulullah s.a.w. demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

0 comments:

Post a Comment

Pengikut