Umar Abd al-Aziz atau dikenali dengan nama Umar 11 adalah khalifah ke 8 Bani Umayyah yang menggantikan Sulaiman b. Abd al-Malik. Nama lengkapnya ialah Abu Jaafar Umar b. Abd al-Aziz b. Marwan b. al-Hakam. Ibunya bernama Laila bt. 'Asim b. Umar al-Khattab. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 63 H/683 M. Antara tahun 87-93 H/704-12 M, beliau dilantik menjadi gabenor Hijaz oleh Khalifah al-Walid b. Abd al-Malik. Khalifah Sulaiman telah membantu Umar memegang jawatan khalifah melalui wasiat bertulis kerana memandangkan ketokohan dan jasanya yang membantu beliau dalam mempertahankan haknya sebagai putera mahkota yang mahu dihapuskan oleh Khalifah al-Walid b. Abd. al-Malik. Khalifah Umar telah memerintah antara tahun 99-101 H.

Khalifah Umar dianggap sebagai seorang yang warak dan patuh kepada ajaran Islam. Beliau juga alim dalam bidang perundangan Islam. Islam dan hadith serta pernah berguru dengan Imam Malik , Urwah b. Zubair, Said b. Musayyib dan lain-lain lagi. Beliau dan keluarganya juga telah mengenepikan semua kemewahan istana dan hidup cara sederhana sahaja. Menurut Ibn Abd al-Malik Hakam dalam kitab ; Sirah Umar b. Abd al-Aziz, sifat-sifat Umar yang baik, warak dan zuhud sejak dilantik menjadi khalifah telah banyak mempengaruhi dasar pemerintahannya. Dalam hal ini beliau bukan sahaja seorang Khalifah yang warak dan zuhud, tetapi juga seorang pemimpin yang dinamis dan radikal.

Dari segi politik, Khalifah Umar telah melakukan beberapa perubahan secara radikal terhadap dasar pemerintahan Bani Umaiyyah, terutama yang berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang Islam. Beliau telah berusaha melaksanakan dasar pemerintahan Islam seperti yang dilakukan oleh Kahlifah Umar al-Khattab. Beliau turut menghapuskan pengawal peribadi dan pengawal istana. Dengan terhapusnya sistem lama ini, maka rakyat jelata boleh menemui beliau tanpa apa-apa sekatan bagi membolehkan mereka membuat pengaduan terus kepadanya. ...............Bersambung lagi, Insya Allah.

Posted by Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) on Monday, June 27, 2011
categories:

0 comments

Post a Comment

Asma'ul Husna

Hari Ini

Demi Masa...

Waktu Solat

Pengunjung

Blog Archive

Pembaca Setia

Profil

Profil
Ustaz Mohd Nor bin Jusoh

Pelancaran Buku

Pelancaran Buku
Pelancaran Buku Tamadun Islam

Keratan Akhbar Sempena Pelancaran Buku

titas

Buku TITAS

titas

Buku Panduan Perkahwinan

titas

Buku Pendidikan Islam Sem 2

titas

Buku Pendidikan Islam Sem 2

titas

Buku Tamadun Islam

titas

Buku Tamadun Islam

titas