Apabila aktivis pro Palestin yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza diserang oleh Israel, saya terasa terpanggil untuk mencatatkan sesuatu sekalipun kesibukan melanda diri sekian lama menyebabkan blog ustazrabbani ini tidak dapat dikemaskinikan.
Menyentuh mengenai Palestin, marilah kita mendoakan kesejahteraan umat Islam di sana, melihat penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kita yang berada dibumi Palestin yang sedang berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka dari pencerobohan yahudi laknatullah.
Di kalangan masyarakat yahudi dan penyokong-penyokongnya bergembira kerana telah dapat menguasai bumi umat Islam. Bumi Palestin telah dikuasai oleh mereka. Peristiwa hilangnya bumi Palestin adalah perkara besar bagi umat Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang tidak mengambil berat perkara yang mengenai umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan kita umat Islam."
Sebagai umat Islam yang mengaku mengucap dua kalimah syahadah, fahamlah betapa besarnya dosa kita sekiranya kita tidak memberi perhatian kepada perkara yang sangat besar, ianya perkara yang sangat besar bagi umat Islam, kerana di atas bumi Palestin terletaknya Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam, tempat Isra'nya Rasulullah s.a.w., bermulanya mikraj ketika Rasulullah s.a.w. dijemput menjadi tetamu Allah Subhanahu wa Taala.
Firman Allah di dalam surah al-Isra' ayat 1 yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid Baitul Maqdis (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

2 comments:

  1. Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

    ReplyDelete
  2. Mursyidul umum Ikhwanul Muslimin meminta pemimpin Mesir membuka parbatasan jihad bagi memberi peluang kepada mujahidin Islam untuk berperang memerangi Israel. Tapi pemimpin mereka terus membisu... Malaysia pn apa kurangnya, APCO, syarikat milik yahudi yang menjadi penasihat kerajaan Malaysia terus bertapak di Malaysia. Kerajaan Malaysia enggan menamatkan kontrak dengan APCO.. Jelas bahawa kerajaan kita sebenarnya dikawal Israel...

    ReplyDelete

Pengikut