Kekejaman zionis Israel dengan pembunuhan, penindasan, penipuan, ketidakadilan, kezaliman sebenarnya itulah istilah paling tepat untuk dilontarkan kepada penjenayah zionis yang tidak pernah menghormati undang-undang. Kerja zionis adalah membunuh, merosakkan, menzalimi sesiapa sahaja, ia merasakan dirinya tidak bersalah walaupun seluruh manusia di dunia menyaksikan kezaliman mereka. Inilah yang dilaknat oleh Allah. Perbuatan mereka cukup menghinakan. Di dalam al-Qur'an surah at-Taubah ayat 10 dinyatakan:
لا برقبون في مؤمن إلا ولا ذمة وأولئك هم المعتدون
Maksudnya: "Mereka tidak menjaga hubungan kekerabatan dengan orang-orang Mukmin dan tidak (pula mengendahkan) perjanjian. Dan mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." (Surah at-Taubah :10)
Bahasa apa lagi yang wajar diungkapkan kepada "mereka", kecuali dengan jihad dan senjata. Kerakusan mereka tidak boleh dicegah dengan bahasa diplomatik, tetapi perlu dibanteras dengan hukuman perang dan putaran 'peluru' ke atas mereka. Siapakah lagi yang mampu membawa syiar jihad ini jikalau tidak diri kita sendiri.
Di dalam siri-siri sejarah peperangan Islam, aktiviti perang bukanlah untuk menghancur musnah sekumpulan bangsa, tetapi adalah untuk menyelamatkan dunia dari kekejaman jangka panjang yang bakal dilakukan oleh musuh. Ketika Baginda s.a.w. memimpin 313 tentera Badar menentang Kafir Quraish, yang nyata sehingga ke hari ini kaum Quraish masih lagi wujud hidup berdaulat. Ketika Sultan Salahuddin al-Ayyubi mengepalai tentera Islam untuk memerangi tentera Salibiyyah di Hittin, yang nyata orang-orang beragama Kristian masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Ketika Sultan Saifuddin Qutuz mengetuai serangan di Ayn Jalut Palestine bagi mengekang kemaraan tentera-tentera Tatar, yang nyata sehingga ke hari ini orang-orang Monggol masih lagi wujud melepasi pergunungan Siberia.
Islam tidak memerangi kaum atau bangsa, tetapi Islam memerangi kezaliman. Marilah kita membenci Yahudi yang dilaknat Allah kerana kezaliman, kejahatan, keganasan dan sebagainya ke atas umat Palestine. Bersambung lagi..........maaf ketiadaan masa.

Posted by Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) on Saturday, June 19, 2010
categories:

0 comments

Post a Comment

Asma'ul Husna

Hari Ini

Demi Masa...

Waktu Solat

Pengunjung

Blog Archive

Pembaca Setia

Profil

Profil
Ustaz Mohd Nor bin Jusoh

Pelancaran Buku

Pelancaran Buku
Pelancaran Buku Tamadun Islam

Keratan Akhbar Sempena Pelancaran Buku

titas

Buku TITAS

titas

Buku Panduan Perkahwinan

titas

Buku Pendidikan Islam Sem 2

titas

Buku Pendidikan Islam Sem 2

titas

Buku Tamadun Islam

titas

Buku Tamadun Islam

titas