Makanan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia. Ia suatu keperluan yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Selain daripada udara dan air, makanan menjadi keperluan utama manusia; malah binatang dan tumbuhan.
Manusia mempunyai fakulti pemikiran yang kritikal, kerana itu makanannya tentu sahaja berlainan dengan makhluk-makhluk lain. Dan justeru itu manusia; maka makanan mereka juga perlu menurut agama.
Dalam agama-agama terdahulu seperti Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha ada ketentuan tertentu tentang makanan yang halal dimakan dan makanan yang haram dimakan. Ketentuan halal dan haram itu mengikut qariah masing-masing, yakni berhubung dengan manfaat dan mudarat.
Misalnya, dalam zaman Nabi Yaakub a.s binatang unta itu diharamkan daripada dimakan. Pengharaman ke atas unta ini ada sebab-sebabnya. Bagaimanapun pengharaman ke atas unta ini tidak berlaku kepada nabi-nabi yang lain.
Dalam hal makanan ini, agama Islam telah menentukan batas haram dan halal dengan mengambil kira beberapa faktor masyarakat dan kesihatan umat manusia. Dalam al-Qur'an Surah al-Baqarah, ayat 172 Allah berfirman yang maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman! Makanlah mana yang baik di antara rezeki yang kami berikan kepada kamu. Dan berterima kasihlah kepada Allah jika kamu menyembahNya".
Ulama' tafsir telah memberikan analisis terhadap perkataan "kulu mintayyibat", makanlah mana yang baik, iaitu yang dimaksudkan dengan "makanan yang baik" itu ialah yang mendatangkan kesihatan dan tidak pula membawa kepada mudarat kepada tubuh badan. Ia juga dimaksudkan tidak membawa kepada perubahan tingkah laku dan fikiran. Sebab, pengaruh makanan terhadap manusia itu sangat besar. Apa-apa juga makanan yang masuk ke dalam perut merupakan bahan-bahan yang akan menjadi darah; darah itu akhirnya menjadi benih dan zuriat manusia.
Pemilihan ke atas makanan yang baik adalah juga pemilihan ke atas kelanjutan zuriat manusia untuk masa yang akan datang. Sebab itu kita dapat melihat sesuatu keturunan yang kasar dan kejam itu lazimnya lahir dari kalangan keturunan yang tidak terkawal dalam soal-soal makanan dan pemilihan terhadap bahan makanan.
Bersambung lagi.....................................Insya Allah.

1 comments:

  1. salam ustaz, sy nk copy ustaz punye artikel ni masuk kt blog sy boleh?
    nnt saya tulis la daripada blog ustaz..sama2 kita menyampaikan ilmu..harap ustaz boleh kembangkan lagi isu makanan halal..terima kasih..

    ReplyDelete

Pengikut