12:09 AM
2
Memperingati hari kekasih atau Valentine's Day bukan budaya Islam dan tiada hubungan dengan ajaran Islam yang dianuti oleh masyarakat Melayu. Hari kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun, adalah suatu budaya yang dihayati orang Barat yang sudah lama hilang akal dan fungsi kasih sayang.
Kita sebagai seorang Islam, sepatutnya sambutan hari kekasih ini tidak wajar mengikut budaya barat yang hilang arah dan hala tuju itu. Kita sepatutnya telitikan asal-usul sejarah, siapa, bagaimana dan apakah latar belakang yang berkaitan dengan perayaan dan mewarnai pemikiran pengamal-pengamal Hari Kekasih atau Valentine's Day ini.
Hari Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun itu pada 14 Februari . Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine. Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan ini begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.
Sejarah asal hari kekasih ini juga mempunyai hubungan dengan pemujaan berhala dan patung dalam masyarakat orang Rom sebelum 17 abad yang lalu. Perayaan ini pada mulanya diperkenalkan dalam masyarakat mereka sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan. Antara lagenda yang tersebar di kalangan orang Rom dan kemudiannya dipercayai penganut agama Kristian, kononnya Romelios datuk bandar Rom, pernah disusui seekor binatang ganjil. Sejak itu ia mendapat kekuatan tenaga dan fikiran yang luar biasa.
Berdasarkan kepada sumber-sumber juga menyatakan, Valentine atau disebut juga Valentino adalah nama seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan agama kristian. St. Valentino ini pernah jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius 11 memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tandatangan 'From your valentine (daripada Valentinemu). Semenjak itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Soalnya kini, kita orang Islam. Apa pandangan Islam dalam isu sambutan sebegini. Panel Kajian Akidah (PKA) dan pakel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan 'Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh kepercayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam".
Sebagai seorang muslim, mungkin kita bertanya lagi mengapakah perayaan memperingati cinta itu dilarang? Apa salahnya kita bercinta, sedangkan Islam tidak melarang umatnya bercinta dan berkasih sayang antara satu sama lain. Bagi menjelaskan perkara ini, kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkan Islam. Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia boleh menghampiri zina.
Bagi orang Islam, perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatannya oleh Nabi. Dalam sebuah hadith, baginda bersabda: "Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya fitrah dan Hari Raya korban." (al-Bukhari 952, Muslim 18920).
Kita dilarang keras meniru kaum musyrikin atau penyembah berhala. Sesiapa meniru budaya sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kaum itu. Banyak ayat al-Qur'an dan Hadith melarang amalan meniru, seperti sabdanya: "Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam kaum itu."
Islam memang agama kasih sayang, tolong menolong dan meransang supaya bersatu hati, tetapi hendaklah berjalan di bawah payung iman dan taqwa. Di atas asas inilah ulama' Islam sepakat memfatwakan haram bagi masyarakat Islam ikut serta merayakan Hari Kekasih. Bagi saya Hari Kekasih atau dalam istilah asalnya 'Valentine's Day' cukup menggambarkan bahawa perayaan ini terasing daripada budaya hidup Islam.
Apatah lagi, Islam bertegas melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti pergaulan bebas, zina dan hamil tanpa nikah. Bagi kita, peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan, tiada hukumNya yang dilanggar.
Saya tegaskan di sini, Valentine's Day adalah budaya orang kafir, yang kita (umat Islam) dilarang untuk mengambilnya. Kita dilarang menyerupai budaya yang lahir dari peradaban kaum kafir, yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Saya mahu minta kebenaran untuk copy artikel ustaz tuk disiarkan di blog saya..

    ReplyDelete
  2. kpd semua pengunjung, ust mohd nor membenarkan utk anda mengambil artikel2 yg telah beliau keluarkan (pesanan dari ust mohd nor)..syukran..

    ReplyDelete

Pengikut