CIRI-CIRI AJARAN SESAT
Antara ciri-ciri ajaran sesat antaranya ialah:-
1) Mencemarkan kesucian al-Qur'an dan hadith seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap al-Qur'an dan al-Hadith. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
2) Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
3) Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Qadiani.
4) Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
5) Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
6) Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufaridiah.
7) Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali dan malaikat.
8) Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampian sebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
9) Menolak hadith mutawatir atau hadith secara umum seperti golongan anti hadith.
Justeru itu, isu ajaran sesat merupakan ancaman yang tidak wajar dipandang enteng. Jika hal tersebut tidak dibendung atau tidak diselesaikan hingga ke peringkat akar umbi, ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kehidupan beragama dan kestabilan sosial dalam negara.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.