MOHD.NOR BIN JUSOH dilahirkan di Jertih, Besut, Terengganu tetapi kini menetap di Kampung Tanjung Angsa, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jertih kemudiannya di Sekolah Menengah Arab Saniah, Pasir Puteh, Kelantan dan selepas itu meneruskan persekolahan di Kuala Terengganu sehinggalah mendapat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Seterusnya menyambung pengajian di beberapa tempat berikut:

  • Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai, Kuala Lumpur - Diploma Pengajian Islam.
  • Universiti Malaya Kuala Lumpur - Diploma Pengajian Syariah.
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuliyyah Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu & Warisan Islam.
  • Ijazah Sarjana di Universiti Malaya di dalam bidang al-Qur'an dan al-Hadith.
  • Kini beliau sedang menyiapkan tesis Ph.D bagi peringkat doktor falsafah di dalam bidang Pemikiran dan Tamadun Islam. Pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Darul Iman Malaysia selama tiga tahun di dalam bidang perbandingan agama khusus untuk pelajar-pelajar diploma dan ijazah. Pernah menjadi tenaga pengajar sambilan di Malaysian Maritime Academy di Institut Teknologi Petronas, Batu Rakit selama 3 tahun di dalam bidang Tamadun. Selain pernah berkhidmat di negeri Terengganu, beliau juga pernah berkhidmat di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Alhamdulillah, kini beliau berupaya menulis beberapa buah buku, membentangkan kertas kerja di seminar serta forum, menyumbang artikel di majalah-majalah serta akhbar-akhbar di dalam rangka untuk menyampaikan mesej dakwah. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu.

2 comments:

  1. Tahniah Ustaz Rabbani... atas kejayaan yang dimiliki..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Tahniah Ust, design blog Ust skrg mmg mantop...

    ReplyDelete

Pengikut